Misteri
kehilangan penuntut Program Asasi Pengajian Islam Kolej Universiti Insaniah
(KUIN) Kampus Kuala Ketil, Baling, dekat sini, sejak enam hari lalu terjawab
apabila dia ditemui dalam keadaan selamat di atas bumbung bangunan di kolej
berkenaan , malam tadi.
Difahamkan,
Nurul Nadwa Tajul Urus, 19, hilang sejak petang Rabu lalu sebelum dijumpai di
atas bumbung bangunan Pusat Asasi yang terletak tidak jauh dari bangunan asrama
wanita kira-kira 11.30 malam.
Dia
dikatakan ditemui dalam keadaan sejadah dan al-Quran di sisinya.
Keluarga
penuntut terbabit menanti kepulangan anak ketiga daripada tujuh beradik itu
untuk pulang ke rumah di Padang Serai, Kulim sempena Aidiladha, namun sehingga
lewat malam pada Rabu lalu, dia tidak pulang.
Berikutan
itu, mereka nekad mencarinya di asrama penuntut wanita, tetapi gagal. Malah,
panggilan telefon juga tidak dijawab menyebabkan keluarganya bimbang dengan
keselamatannya.
Pada masa
sama, kehilangan Nurul Nadwa terus menjadi misteri menyebabkan seluruh warga
KUIN diarahkan solat hajat dan melakukan pencarian di sekitar kampus KUIN dengan
bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia
(RELA).
Pencarian
itu membuahkan hasil apabila oleh seorang pegawai kolej terbabit yang juga ustaz
mendakwa melihat penuntut terbabit seperti tidak dapat melepaskan diri berikutan
dikurung oleh jin dalam bilik kuliah di Pusat Asasi.
Difahamkan,
tiada individu lain boleh melihat pelajar terbabit melainkan ustaz itu, selain
tidak dapat merobohkan 'pagar' dibuat jin berkenaan melainkan dengan pertolongan
semua pihak menerusi solat hajat dan bacaan ayat al-Quran.
Ibu Nurul
Nadwa, Zunaidah Hashim, 48, berkata, dia sekeluarga mengucapkan terima kasih
kepada semua pihak kerana membantu pencarian anak gadisnya yang hilang secara
misteri sejak Rabu lalu.
"Saya
berharap semua pihak memahami situasi ini kerana bukan kejadian jenayah dan kami
tidak mahu memperbesarkan hal ini.
"Kami
juga tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana ia adalah ketentuan Allah SWT dan
bersyukur Nurul Nadwa ditemui dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan,"
katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini.
Sementara
itu, jurucakap KUIN ketika dihubungi enggan mengulas lanjut, namun pihaknya
berterima kasih kepada mereka yang terbabit dalam pencarian pelajar perempuan
berkenaan sambil berharap tiada pihak cuba memanjangkannya.-HM
0 Response to "(3 Gambar) Misteri enam hari gadis ini hilang dikurung Jin terjawab"
Catat Ulasan