(4 Gambar) Luahan sayu di laman sosial sebelum dijemput ajal
Seorang
anggota Polis maut apabila motosikal yang ditungganya terbabas dan melanggar
pokok ketika hujan lebat di persiaran Ulu Langat Seksyen 27 Shah
Alam.
Dalam
kejadian pukul 2 petang tersebut Mohd Roslan Bin Jumat 26 tahun maut akibat
pendarahan dan kecederaan yang agak parah akibat kemalangan tersebut.
Ringkasan
Kematian Beliau :
Pada
20 Sept 2015, jam 1405, gerakan shah alam terima maklumat dari megah 1- ocs
pondok komuniti alam megah sjn mat zin maklum anggotanya yang sedang bertugas
rcj (megah 3) telah terlibat kemalangan. Mangsa terbabas terlanggar pokok kerana
hujan lebat di persiaran ulu langat seksyen 27 shah alam. Keadaan mangsa agak
parah dan sangat lemah serta banyak pendarahan.
Jam
1406 gerakan telah maklum pihak ambulan klang untuk tindakan lanjut. Gerakan
maklum trafik dan SA 24 menghala ke lokasi. Megah 1 dan SA 24 minta gerakan
berhubung dengan ambulan supaya cepat ke lokasi kejadian kerana mangsa tidak
sedarkan diri. Ambulan sampai di lokasi pada jam 1451 dan maklumkan anggota
tersebut telah disahkan meninggal dunia. SA 24 maklum EO trafik untuk maklum IO
trafik Insp Faznur untuk tindakan lanjut.
No.
Repot shah alam trafik :
Butir-
butir mangsa kemalangan
Nama
: Mohamad Roslan Bin Jumat
Pkt/No.
: L/Kpl 181347
Umur
: 26 tahun
Status
: Bujang
Asp
Mohd Nubli B Ahmad Badri
Pegawai
bertugas Dcc Ipd Shah Alam
Ambulan
dari Klang sampai 45minit kemudian namun mangsa disahkan meninggal dunia, apa
yang menyedihkan rakan-rakan arwah adalah mengenai satu tulisan nya dilaman
sosial mengenai kehidupan ajal dan maut.
Itulah
yang paling menyentuh hati kini beliau pergi buat selama-lama nya .. ungkapan
yang menyentuh hati adalah " Saya melakonkan watak ini sehingga berpisahnya
jasad dan badan " beliau juga memohon maaf atas segala perbuatan
nya.
Semoga
roh arwah dicucuri rahmat dan seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan
pemergian nya. Al-fatihah Salam Takziah
0 Response to "(4 Gambar) Luahan sayu di laman sosial sebelum dijemput ajal"
Catat Ulasan