Sedih nya melihat gelagat adik Muhammad Afiq
mencium gambar bapanya di skrin telefon bimbit ibu saudaranya akibat
rindu.
Maziatunazna Bidin @ Ibrahim,
isteri kepada Shahidan Saad yang suaminya hilang dalam kejadian kren tumbang di
Masjidil Haram pada Jumaat lalu menceritakan perihal anak tunggal mereka di
kampung yang sering menelefon bertanyakan mengenai
bapanya.
Beliau berkata, anak mereka
Muhammad Afiq Amzar, 3 tahun, begitu rindu untuk mendengar suara bapanya. "Tapi
saya hanya mampu beritahu dia yang ayah pi Allahhuakbar (bapa pergi bersolat),"
kata surirumah kepada pembantu makmal Sekolah Menengah Tunku Bendahara, Kodiang,
Kedah ini.
Anak mereka ditinggalkan di bawah
jagaan abang kepada Shahidan di Kodiang.
Maziatunazna yang reda dengan apa
juga ketentuan Allah terhadap suaminya berkata, kali terakhir beliau bertemu
dengan suaminya ialah pada Jumaat lalu di Maktab 89 di bangunan Abraj
Al-Janadriah selepas suaminya pulang mengerjakan solat
Jumaat.
"Pada waktu asar, dia pergi semula
ke Masjidil Haram. Tapi dia kemudiannya tak balik-balik," katanya. Pasangan itu
tiba di Madinah menerusi penerbangan KT7 pada 17 Ogos sebelum bertolak ke Makkah
pada 26 Ogos. Shahidan, 52, dan rakan sebiliknya Abdul Habib Lahman, 68, dari
Sik, Kedah gagal dikesan hingga kini.
Seorang lagi rakan sebilik
Shahidan, Mohd Zainol Ramli, 54, turut menceritakan mengenai kerinduan Shahidan
terhadap anaknya. "Dia (Shahidan) tidur agak lewat pada hari sebelum kejadian.
Bila ditanya dia kata dia teringatkan anaknya.
Dia berkahwin lebih 22 tahun baru
dapat anak," kata Mohd Zainol. Beliau berkata, pada hari kejadian beliau tidak
bersama dua rakan sebiliknya itu untuk ke masjid kerana sudah berjanji untuk ke
masjid bersama isterinya.
"Pak Long (panggilan untuk Abdul
Habib) adalah rakan sekampung saya di Sik. Kami datang dengan penerbangan yang
sama (KT7) pada 17 Sept. Secara kebetulan kami di sini juga ditempatkan dalam
satu bilik di Abraj Al-Janadriah.
"Kami (termasuk Shahidan) jadi
rapat sejak di Madinah lagi. Kami sering bersama ke masjid, cuma pada hari
kejadian kami tak pergi bersama," katanya.
0 Response to "(5 Gambar) Afiq rindu abah .. rayu anak kecil jemaah haji yang masih hilang di Mekah"
Catat Ulasan