
Seorang
penolong pegawai penyelidik di Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian
Malaysia (MARDI), Serdang yang baharu sahaja balik me-lawat anak dan suaminya,
maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer
42.5, Jalan Muar-Segamat di Sagil pagi ini.
Dalam
kejadian pukul 6.30 pagi itu, Nor Hidayah Mohtar, 27, yang memandu kereta
Perodua Alza meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit dan mengalami
kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketika
kejadian, mangsa yang juga sepupu kepada Ketua Biro Utusan Malaysia Putrajaya,
Norliza Abd. Rahman dalam perjalanan dari rumah keluarganya di Jementah menuju
ke Plaza Tol Tangkak.

Ketua
Polis Daerah Ledang, Superintenden Mohamad Salleh Abd. Razak berkata, apabila
sampai di tempat kejadian berhampiran sebuah kuil, kereta mangsa terlanggar
anjing.
“Keadaan
itu menyebabkan kereta dipandu Nor Hidayah terbabas lalu memasuki laluan
bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori 10 tan. Mangsa tidak sempat
mengelak kerana jarak lori itu terlalu dekat.
“Mangsa
mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat
kejadian. Pemandu lori, Husaimi Mohd. Nashtiai, 34, hanya cedera ringan,”
katanya ketika dihubungi, di sini.
Mayat
mangsa yang berasal dari Kampung Sebatu, Merlimau, Melaka dihantar ke Hospital
Tangkak untuk bedah siasat dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1)
Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara
itu, Ke-tua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Izuan Mohammad berkata,
sembilan anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian untuk
mengeluarkan mangsa yang tersepit.
“Kita
mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di
bahagian kaki. Kita berjaya mengeluarkan mayatnya melalui pintu di tempat duduk
pemandu,” katanya.
Dalam
pada itu, Norliza berkata, Nor Hidayah pulang hampir setiap minggu ke Jementah
untuk melawat suaminya, Azlan Aji, 28, dan anaknya, Nur Hayfah Azlan yang
berusia tujuh bulan.
Menurutnya,
suami mangsa tinggal dan bekerja di Jementah bersama-sama satu-satunya anak
mereka, manakala Nor Hidayah menyewa di Serdang. - Utusan
0 Response to "(5 Gambar) Wanita maut selepas pulang lepas rindu pada suami dan anak berusia tujuh bulan"
Catat Ulasan