Kebiasaan
kita mempunyai hobi masing-masing namun majoriti perkara yang sering dilakukan
oleh rakyat malaysia pada hari ini seperti apa yang kami sediakan dibawah.
Mungkin anda bersetuju dan juga tidak bersetuju, namun ia adalah realiti tapi
ingatlah setiap masa itu emas. Gunakanlah masa itu untuk membuat sesuatu yang
berfaedah.
1. Selfie
Lepas
bangun tidur selfie, selepas gosok gigi pun selfie, lihat saja di laman sosial
Instagram contohnya, boleh dikatakan aktiviti selfie sudah boleh dikategorikan
perkara ‘wajib’ buat sesetengah wanita mahupun lelaki di Malaysia.
2.
WIFI Percuma
Jika
anda mengunjungi restoran mamak atau kafe, pasti kedengaran sesetengah pengguna
yang berkata “Bang, ada wifi tak kasi sini? Apa password?”. Tidak dinafikan
keperluan Internet pada masa ini adalah penting dan apa yang lebih penting ialah
‘free wifi’.
3. Gadjet Pintar
Anda
boleh lihat sesiapa sahaja ketika ini, tidak kira generasi tua mahupun muda,
pastinya telefon pintar tidak lepas dari gengaman. Sewaktu makan, hendak masuk
tidur, ketika di dalam kelas, memandu, mahupun waktu ‘melabur’ pastinya telefon
pintar merupakan peranti yang wajib ada walau di mana sahaja.
4. Laman
Sosial Facebook
Siapa
di sini ketagih untuk menggunakan aplikasi sosial Facebook? Jika terdapat
anugerah pengguna paling ‘aktif’ seumpamanya, pastinya negara Malaysia tercalon
di mana sering kali kita lihat berita-berita viral juga kebanyakannya
bersumberkan Facebook.
5. Laman Sosial Instagram
Seakan
berkonsepkan Facebook juga, laman sosial media ini merupakan tempat mempamerkan
kreativiti mahupun tempat menyimpan gambar kenangan yang dirasakan cantik oleh
pengguna, walaupun gambar tersebut bagi kami hanyalah selipar. Tidak ketinggalan
juga Instagram juga adalah tempat ‘cuci mata’.
6. Gambar
Makanan
Boleh
dikatagorikan sebagai ‘tak Malaysia lah kalau tak post gambar lunch tadi’. Anda
lihat sahajalah lambakan gambar makanan yang dikongsikan di mana-mana sahaja
laman sosial. Entah apa niat sebenar mereka ini, nak kongsi bau makanan
agaknya…
7. Snapchat
Mungkin
tampak lebih cool jika terdapat video 5 saat ketika membalas mesej, penggunaan
Snapchat ini merupakan laman permesejan bertemakan gambar atau video pendek
sebagai medium perbualan. Jika anda pernah menyaksikan gaya pengguna aplikasi
ini, jangan terkejut sekiranya individu terbabit membuat aksi pelik di hadapan
telefon pintarnya.
8. Tonton Youtube
Rata-rata
pengguna sosial media juga tidak ‘sah’ jika tidak menonton video-video di
saluran Youtube. Kebanyakan video adalah dokumentari, filem, video jenaka, viral
dan bermacam-macam lagi. Youtube kini sudah mendominasi saluran yang ditayangkan
di televisyen. Kami pernah duduk di hadapan pc ‘berjam-jam’ disebabkan menonton
video Islamik di Youtube (percayalah).
P/S : So percaya atau tidak..
Amalkan sehari rutin dan baca balik artikel ini..
Have a nice
daySumber
0 Response to "8 PERKARA YANG SERING DILAKUKAN RAKYAT MALAYSIA HARI INI"
Catat Ulasan