Dukacita dimaklumkan baby Ismail Zhafran telah
pergi meninggalkan kita sebentar tadi jam 9.35 malam.
Damailah Abe Mail di sana.
Bersama kita sedekahkan bacaan surah al fatihah
kepada baby Ismail.
Berehatlah dengan tenang sayang.
Beruntunglah kerana anak kecil yang meninggal
dunia adalah salah seorang yang boleh memberi syafaat kepada ibu dan
bapanya.
Berikut status sayu ibunya di FB :-
Berikut adalah berita sebelum ini dilaporkan
Siakap Keli:-
Ismail Zhafran bin Azizul, seorang bayi kecil
comel dilahirkn pada 28 oktober 2014 yang kini berumur 8 bulan merupakan anak
kecil yang tabah dan kuat.
Mana tidaknya dari dilahirkan sehingga kini,
anak kecil ini terpkasa menanggung begitu banyak penyakit kronik yang tidak
dapat dibayangkan oleh kita sendiri deritanya kalau sakit itu ada pada kita yang
sudah dewasa.
Semasa dilahirkan Ismail Zhafran atau nama
panggilan manjanya Abe Mail tidak mempunyai lubang dubur dan semasa berumur dua
hari dia telah menjalani pembedahan Stoma.
Selain itu, Abe Mail turut menjalani pembedahan
lain semasa berumur lima hari kerana dikatakan saraf tunjangnya terbuka. Anak
kecil ini turut mengalami pendarahan pada kepala dan kepalanya mengalami bengkak
air.
Bukan sahaja derita tersebut dialami beliau,
semasa dilahirkan dia hanya mempunyai hanya satu buah pinggang iaitu hanya di
sebelah kanan, itupun hanya berfungsi sebanyak 12 %.
Semasa dalam proses kelahiran kaki anak kecil
ini disahkan patah. Abe Mail juga menanggung sakit jantung berlubang.
0 Response to ""Abe Mail Sudah Tiada" Status Sayu Ibu di FB, AL-FATIHAH"
Catat Ulasan