Inilah LUAHAN SEDIH Seorang
IBU Kepada Anaknya Yang Terlantar Di ICU Yang Buat Ramai SEBAK
!!!…JOHOR BAHRU – “Ainun bangunlah sayang.. Ibu beli gaun merah untuk
kita sambut hari raya Aidiladha bersama,” luah ibu muda sebak kepada anak
tunggalnya yang sedang terlantar di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan
Ismail (HSI), di sini, sejak seminggu lalu.
Nurizatul Azifah (Amira) Mohd Nazri, 23, berkata, anaknya yang pada asalnya mengalami batuk berpanjangan sejak Ramadan lalu pada mulanya ditahan di wad biasa HSI, namun dimasukkan ke ICU selepas doktor mendapati kuman telah merebak ke bahagian paru-paru dan otak.
Menurutnya,
Nur Ainun Husna Muhamad Khuzairi, 3, yang mesra dipanggil Ainun hanya
mengharapkan 100 peratus kepada mesin bantuan pernafasan kerana buah pinggangnya
juga tidak lagi berfungsi.
“Sebelum
ini saya telah bawa Ainun mendapatkan rawatan di klinik selepas mendapati
batuknya berdarah, namun dimaklumkan hanya batuk biasa dan luka pada
kerongkong.
“Bagaimanapun
batuknya semakin menjadi-jadi sehingga mengeluarkan darah agak pekat sebelum
disahkan doktor kuman telah merebak ke paru-paru selepas saya merujuknya ke
HSI,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Amira
berkata, dia tidak sampai hati hendak menatap wajah anak yang sebelum ini cukup
ceria dan petah bercakap terbaring lesu dan kaku.
Bagaimanapun
menurutnya, dia bersama suami, Muhamad Khuzairi Atan, 24, berusaha untuk tidak
menangis setiap kali membisikkan kata-kata semangat ke telinga anak
kesayangannya itu.
“Saya
tak nak apa-apa, cuma cukup syukur dapat melihat Ainun bangun dan panggil saya
ibu kerana hidup saya cukup sunyi sejak dia terbaring di ICU.
“Walaupun
doktor tak memberi apa-apa harapan, tapi saya bersama keluarga tidak putus
dengan doa memohon perkenan ALLAH agar anak saya kembali pulih semula.
“Saya
tak mengharapkan apa-apa sumbangan, cuma mohon orang ramai doakan kesihatan anak
saya dan sekiranya ada yang benar-benar ingin menderma datanglah jenguk anak
saya di HSI,” katanya.
0 Response to "“Ainun Bangunlah Sayang…Gaun Merah Ini Untuk Ainun”"
Catat Ulasan