PETALING JAYA:
Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyelar
tindakan penyokong Bersih 4 kerana membuat perhimpunan jalanan.
Di laman Facebook
miliknya, Nurulhidayah Ahmad Zahid menyifatkan protes itu sebagai perbuatan
bodoh dan lebih baik penyokong-penyokong yang terlibat memasuki askar dari
membuat demo jalanan.
"Nak sangat
pertahankan NEGARA konon? Pergi masuk Askar la. Jaga sempadan.
"Pegi Ops Pasir..
segala mak bapak Ops korang bole rasa. Nie takat uniform kuning bangga dapat
masuk TV, masuk paper.. apa ke jadahnya?
"Don't make me
speak Malay language because I will speak the language that made u really
understand.
Nurulhidayah juga
turut menyatakan perasaan kesalnya kerana pernah berdemo ketika pada 1998 ketika
era reformasi. Ketika itu, ayahnya, Zahid Hamidi pernah ditangkap oleh ISA
kerana dilihat sebagai sekutu Anwar Ibrahim ketika era pemerintahan
Mahathir.
"Berani sangat la
tu konon nak bangkang macam tu? Aku pernah merasa zaman 1998 macam korang.
Betapa BODOH nya aku ketika itu sbb berkumpul nak seronok2.
"Time tu aku suruh
Tun Mahathir turun. Aku percaya ramai yang mcm tu dulu. Tapi zaman skrg dah tak
releven babe kat atas jalan ni!
"Negara luar tu
dok perhati jer nak Malaysia ni huru hara. Malas la nak cakap. Pendapat aku -
ITU KERJA SIA2. Dalam bahasa mudah faham - KERJA BODOH!", tulisnya di
Facebook
Selain dari itu,
turut kelihatan beberapa rentetan posting di Facebook yang menyuarakan
pendapatnya mengenai Bersih 4.
0 Response to "Anak Zahid Hamidi Dikecam Kerana Hina Peserta Perhimpunan Bersih 4.0"
Catat Ulasan