Anina Saadudin, bekas ahli Wanita Umno luah perasaan melalui puisi

Ahli Wanita UMNO Cawangan Padang Mat Sirat yang dipecat, Anina Saadudin memuat naik status di laman Facebook dengan sebuah sajak. Dalam bait puisi terakhirnya, dia bertekad untuk tidak menyerah kalah dan akan terus berjuang untuk mempertahankan maruah agama, bangsa Melayu dan negara.

Anina Saadudin, bekas ahli Wanita Umno luah perasaan melalui puisi
Anina Saadudin, bekas ahli Wanita Umno luah perasaan melalui puisi
Sebelum ini, saman Anina ke atas Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengejutkan banyak pihak.

Dia juga pernah bersuara lantang dengan menggunakan perkataan ‘kencing’ kepada Najib berkaitan kenyataan bahawa beliau mendapat sokongan 3 juta ahli UMNO.

Anina Saadudin
Anina Saadudin

Berikut puisinya:

Bukan ku minta lahir ke dunia,
Bukan ku minta menjadi Melayu,
Bukan ku minta menjadi rakyat bumi Malaysia,
Kasih ku pasak utk bumi tercinta,
Demi Allah yg mentakdirkan aku menjadi anak Melayu, anak Malaysia…

Selagi hidupku di tentukan Allah utk bernyawa,
selagi itu aku berjuang utk tanahair tercinta.
Sumpah setiaku sebagai rakyat dan imanku sebagai umatNya, bergadai nyawa TETAP AKU PERTAHANKAN MARUAH AGAMA, BANGSA DAN NEGARAKU.

Salam perjuangan anak Malaysia,

Anina Saadudin
-FMT

0 Response to "Anina Saadudin, bekas ahli Wanita Umno luah perasaan melalui puisi"

Catat Ulasan