MANUSIA laknat! Itulah yang istilah paling
sesuai untuk menggelarkan personaliti blogger kontroversi tempatan yang kemudian
bersembunyi melarikan diri di luar negara, Alvin Tan.
Ia susulan isu nahas kren tumbang di kota suci
Makkah lewat petang Jumaat yang mengorbankan seramai 107 jemaah haji dari
seluruh dunia telah diperkotak-katikkan oleh Alvin melalui laman sosial
Facebooknya.
Manusia bertopengkan syaitan itu nyata sudah keterlaluan kerana dia juga
menghina dan mempersoalkan kewujudan Allah SWT kerana tidak menyelamatkan
umatnya yang mahu mengerjakan ibadah haji tidak lama lagi.
Status Alvin Tan yang menghina kejadian kren
tumbang di Mekah semalam.
“107 umat Islam telah maut kerana kren pembinaan runtuh dan menimpa umat2 Islam yang sedang menunaikan haji di Mekkah.
“Kenapa Allah SWT yg Maha Besar dan Maha Berkuasa dan Maha Penyayang x mencegah kejadian tersebut? Curi tulang ke sadis ke x wujud sebenarnya?” ?#?FikirFikirkanlah? ?#?AllahBacul?
Amat biadab bukan? Nampak gayanya hati dan perasaannya sudah hitam legam
bak arang hitam kerana tiada langsung rasa hormat serta sensitif dengan isu
agama di dunia ini.
Ternyata tindakan kurang ajar Alvin yang sememangnya suka mempermainkan isu
sensitif dengan melibatkan kesucian agama Islam ini sudah keterlaluan serta
sudah berlebihan.
Awal bulan ini, blogger lucah tersebut mempersendakan ajaran Islam dengan
mencacah tatu kalimah Allah di bahagian paha kononnya tuhan sentiasa berada di
kawasan kakinya itu.
Status terbaharu yang dimuat naiknya pagi Sabtu itu jelas dikecam oleh
pengguna siber di laman sosial. Tak pasal-pasal budak ni dapat juga kena tarbiah
dengan ramai netizen.
Semoga Alvin terima balasan setimpal dengan tindakan serta perbuatannya
yang bebas suka menghina agama Islam selama ini kononnya atas sebab kebebasan
bersuara.
0 Response to "BIADAP !! Alvin Tan Hina Mangsa Tragedi Kren Tumbang Di Makkah !!!"
Catat Ulasan