
"Memang anda ada beritahu kami tentang parking, tak bagus park motor begitu tetapi dalam pada masa itu juga, memang banyak parking kosong di situ. Jadi, tiada masalah bagi siapa-siapa pun nak parking.
"Kamu cakap kamu tegur sebab Melayu sama Melayu. Tetapi cara kamu pegang anu kamu dan tunjukkan kepada kami itu memang adab Melayu ke? Maaf kalau saya terkasar bahasa. Kami ada ramai saksi. Kamu boleh katakan apa sahaja," katanya.
Salah seorang ahli bikers
terbabit juga turut menafikan dakwaan Azahari melalui WhatsApp.
"Pembetulan tentang
statement dalam Facebook tentang bikers parking di stesen minyak Petronas
Serdang Solaris.
"Saya ingin memberi komen
berdasarkan kes di atas. Pada jam 8.00 pagi, kami group-group bikers berkumpul
di Petronas Solaris, Serdang. Semasa kami berbual-bual, tiba-tiba kami didatangi
oleh seorang lelaki yang meminta kami mengalihkan motosikal kami dengan nada
yang tinggi dan kurang sopan.
"Kami memberitahu dia
supaya parking di tempat lain memandangkan masih banyak tempat lain yang kosong.
Malangnya kami dibalas dengan ayat yang berbunyi 'P*kimak kau! Ini tempat
parking kereta!'.
"Kawan-kawan yang
mendengar percakapan lelaki tersebut mula membalas dengan perkataan kasar. Bukan
kami yang mulakan tetapi lelaki itu yang sengaja mencari pasal.
"Tak tahu kenapa dia
berkeras juga nak parking di situ yang terang-terang dah ada motosikal. Selepas
dia park kereta di tempat lain, dia laungkan 'Oiii!' sambil memegang alat sulit
dan menunjuk isyarat lucah kepada kami dengan tangan. Kami hanya memerhatikan
dari jauh. Kami tengok dia ambil gambar, kami fikir sesuatu yang tidak elok maka
kami pun mengambil gambar kereta dan gambar lelaki itu untuk rujukan selepas
ini," katanya Adik Fiqa As Salam dari group Puchong Bikers.
Maka terjawablah kes ini
yang mana pihak pengadu pertama telah membuat kenyataan palsu yang
memburuk-burukkan kumpulan bikers tadi demi kemenangannya di laman sosial.




0 Response to "Bikers - 'Dia Mulakan Dulu ! Sambil Pegang Alat Sulit, Dia Tunjuk Isyarat TIDAK SENONOH Pada Kami !'"
Catat Ulasan