Vokalis kumpulan U2, Bono nampaknya
menjadi bintang pop terkaya di dunia apabila meraih pendapat berbilion pound
menerusi saham yang dibeli dalam syarikat Facebook.
Menurut laporan mirror.co.uk, penyanyi dan
komposer lagu itu telah membeli 2.3 peratus saham media sosial berkenaan dengan
melabur 56juta pound (RM360juta) menerusi syarikat Evelation Partners pada tahun
2009.
Selepas enam tahun membuat pelaburan berkenaan, dengan penggunaan Facebook yang semakin meluas di dunia, Bono meraih keuntungan sehingga 940juta pound (RM6bilion).
Difahamkan, wang yang diperoleh sepanjang enam tahun pelaburan itu lebih tinggi berbanding pendapatannya sepangjang bergelar pemuzik.

-mstar
0 Response to "Bono (U2) Bintang Pop Terkaya Di Dunia"
Catat Ulasan