SEORANG
suami yang baru pulang dari tempat kerjanya terkejut apabila melihat isterinya
tengah berzina dengan lelaki lain di dalam sebuah bilik tidur di rumahnya.
Memetik
laporan sebuah portal berita Indonesia, mangsa yang pada ketika itu baru tiba di
rumah terdengar suara wanita mengerang dari bilik tidurnya.
Melihat
keadaan rumahnya yang sunyi sepi, mangsa berasa curiga lantas terus bertindak
untuk memeriksa punca suara wanita mengerang itu.
Setibanya
di bilik tidur, mangsa terkejut apabila melihat isterinya tengah melakukan
hubungan kelamin dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya.
Si
isteri yang pada ketika itu, gegas memakai kembali pakaiannya dan meminta maaf
daripada mangsa. Kecewa dengan tindakan tidak bermoral isterinya itu, mangsa
bertindak memukul isterinya. Selain itu, mangsa turut mendakwa dia ada
merakamkan aksi isterinya dan lelaki itu ketika berasmara.
Difahamkan
pasangan terbabit telah pun bercerai beberapa hari selepas insiden terbabit. –
MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Bunyi mengerang dan meraung dari bilik tidur punca isteri KANTOI dengan suami berzina dengan lelaki lain"
Catat Ulasan