Kuala Lumpur:
“Maklumat itu palsu! Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menawarkan sebarang
diskaun saman trafik buat masa ini,” jelas Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Datuk
Mohd Fuad Abd Latiff ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Tawaran
potongan diskaun bayaran kompaun hingga mencecah 70 peratus mula tersebar
melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp sejak semalam dan ramai individu
mempercayainya.
Malah maklumat
palsu itu mendakwa kompaun yang mempunyai waran tangkap atau disenarai hitam
turut mendapat potongan sehingga RM140.
Manakala saman
yang tidak disenarai hitam bernilai RM100 sehingga RM300 turut didakwa mendapat
diskaun saman serendah RM70 bermula 15 September ini.
Fuad menafikan
pihak PDRM menawarkan tawaran diskaun saman dan menasihati orang ramai
berhati-hati dengan individu yang cuba mengambil kesempatan
ini.
0 Response to "DISKAUN Saman Polis & Trafik Adalah Palsu"
Catat Ulasan