CHENGDU – Doktor di bandar
ini melakukan pembedahan ke atas seorang lelaki bagi membuang lima kilogram
najis daripada tubuhnya.
Mengikut akhbar harian West
China Metropolis Daily, pesakit itu berusia 27 tahun, sebelum ini mengadu sakit
perut amat teruk dan mengalami sembelit sejak kira-kira 10 tahun
lalu.
Selepas dimaklumkan doktor
bahawa mereka gagal menemui sumber penyakitnya sedekad yang lalu, pakar
perubatan dari hospital kedua di sini akhirnya menemui masalah itu selepas
menjalankan ujian sinar-X.
Selepas mendiagnosis
pesakit dengan penyakit “kolon mega kongenital”, doktor menemui najis amat besar
yang menyebabkan ususnya membesar dua kali ganda berbanding saiz biasa, malah
menyebabkan jantungnya beralih ke bahagian kanan.
Mengambil kira faktor
penyakit mangsa sejak sedekad lalu, lelaki itu dianggap amat bertuah kerana
tidak menemui ajal seperti nasib remaja England, Emily
Titterington.
Pada Februari 2013,
Titterington, 16, yang turut mengidap autisme ringan terkena serangan jantung
dan maut selepas lapan minggu sembelit. – Agensi/myMetro
Online
0 Response to "Doktor Keluarkan 5 Kg Najis Daripada Lelaki 27 Tahun, Sembelit 10 Tahun"
Catat Ulasan