
Kren yang tumbang lewat petang semalam di kawasan Masjidil Haram, Mekah sehingga menyebabkan puluhan kematian dipercayai telah dipanah petir sebelum itu.
Sekeping gambar yang diambil tepat ketika petir berkenaan menyambar memperlihatkan dengan jelas kejadian itu.
Setakat ini, faktor cuaca buruk termasuk tiupan angin yang kuat turut menjadi punca kren berkenaan tumbang.
Wartawan Bernama yang melaporkan proses Haji tahun ini turut melaporkan bahawa ketika kejadian, hujan turun dengan sangat lebat.
Ketika berita ini ditulis pukul 2.40 pagi, jumlah kematian sudah pun mencecah 87 orang.
Tabung Haji pula mengesahkan seramai 6 jemaah Malaysia turut cedera dalam kejadian berkenaan.
P/S : Mari sama-sama kita doakan semua jemaah haji di mekah semoga selamat menunaikan ibadah haji.

0 Response to "Gambar Petir Sambar Kren Tumbang Di Mekah Tersebar"
Catat Ulasan