Hutan Melintang : Kereta yang
ditemui terbakar di ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak, di sini, pagi
semalam dipercayai mirip model kenderaan digunakan oleh Timbalan Ketua Bahagian
Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Kevin Anthony Morais yang
dilaporkan hilang sejak kelmarin.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak,
Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain, ketika mengesahkan perkembangan itu
berkata, setakat ini jenis kereta yang ditemui itu belum dapat disahkan modelnya
berikutan musnah sama sekali dalam kebakaran itu.
Katanya, kereta berkenaan ditemui
di dalam ladang kelapa sawit yang letaknya kira-kira tiga kilometer dari jalan
besar dan jauh dari kawasan perumahan. Beliau berkata, tiada sesiapa ditemui
di dalam kereta berkenaan dan sehingga kini pihaknya sedang menunggu pakar untuk
mengesahkan model kereta itu.
"Model kereta itu nampak seperti
Proton Perdana dan sesekali nampak seperti Honda Accord. Disebabkan itu kita
memerlukan pakar untuk mengesahkannya," katanya yang ditemui di Jeti Ladang
Sungai Bernam di sini, sebentar tadi.
Difahamkan, kali terakhir Kevin
dilihat pada pagi Jumaat lalu ketika meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta
sebelum hilang sehingga kini.
Kevin sebelum ini bertugas sebagai
Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya
PeBerita
kehilangan Kevin juga menjadi 'viral'di media sosial selepas beberapa ahli
keluarganya merayu orang ramai membantu menyalurkan maklumat untuk
mengesannya ncegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ditukarkan ke Jabatan Peguam Negara 15 Julai
lalu. - BH
0 Response to "Gempar! Bekas Orang Kanan SPRM Hilang, Kereta Pula Ditemui Terbakar ?"
Catat Ulasan