Inilah Smartphone Yang Masih Berfungsi Walau Sudah Tenggelam 6 Minggu Di Dasar Laut | Pemain ski air yang berasal dari Gothenburg, Sweden menjumpai semula smartphone Sony Xperia Z2 miliknya setelah hilang di dasar laut selama 6 (enam) minggu. Kisah mengagumkan itu pertama kali tercatit di media tempatan Sweden.
Alexander
Maxen secara sengaja menjatuhkan telefon miliknya ke dalam laut yang memiliki
kedalaman 10 meter. Seperti yang sedia maklum, Xperia Z2 hanya boleh bertahan
terendam di dalam air tawar (bukan air laut) dengan kedalaman 1,5 meter selama
30 minit.
Ketika
Maxen dan rakan-rakannya sampai di pantai, mereka cuba melakukan panggilan
telefon ke telefon itu dan hebatnya telefon itu masih boleh dihubungi. Tetapi,
kerana tidak membawa peralatan selam, mereka tidak dapat mengambil telefon itu
lalu dibiarkan sahaja telefon tersebut tenggelam.
Enam
minggu kemudian, rakan Maxen menyelam di lokasi yang telah berjaya menemui
telefon terbabit, dipetik dari Ubergizmo, Rabu (13/8/2014).
Meskipun
telah mengalami beberapa kerosakan luaran, seperti panel belakang yang retak dan
bateri yang hampir rosak, mereka terkejut ketika melihat lampu indikator bateri
masih menyala. Smartphone itu bahkan masih boleh melakukan proses booting dengan
sempurna dan mampu melakukan panggilan telefon.
Ini
bukan kali pertama smartphone keluaran Sony boleh bertahan di dalam air, setelah
terendam melebihi had. Tahun lalu, sebuah Sony Xperia V masih berfungsi dengan
baik setelah empat hari terendam di dalam laut.
Sumber:
SiakapKeli, KisahBest
0 Response to "Inilah Smartphone Yang Masih Berfungsi Walau Sudah Tenggelam 6 Minggu Di Dasar Laut"
Catat Ulasan