ISTERI ARWAH HARUN SALIM BACHIK DEDAH SIKAP AFDLIN SHAUKI

Mesti ramai yang merindu lakonan dan telatah arwah pelakon Harun Salim Bachik. Pemergian arwah benar-benar mengejutkan peminat industri hiburan tanah air. Yang paling merasai kehilangan beliau sudah tentu sahabat baiknya pelakon dan pelawak Afdlin Shauki.

imageResize

Baru-baru ini, menerusi Melodi isteri arwah, Suriati Mohd Noor berkongsi kisah yang cukup meruntun hati. Dia menjelaskan perkara sebenar mengenai perjalanan hidup mereka selepas pemergian pelakon tersebut.
“Kak Su nak ucap terima kasih kepada Afdlin Shauki, kalau tak kami tak raya hari tu (menahan sebak). Melodi juga. Sekarang Afdlin tanggung anak-anak sekolah. Terima kasih banyak-banyak, sebab tolong kami sekeluarga”
“Walau Kak Su tak berapa rapat dengan Afdlin, tapi nak ucap terima kasih sebab tolong kami. Hanya Allah boleh balas apa yang dia tolong kami,” jelas Kak Su menahan air mata.
Selain itu, dia juga menjelaskan bahawa suatu produk akan dilahirkan di bawah jenama Harun Salim Bachik demi meneruskan legasi arwah.
Sikap Afdlin Shauki ini wajar dicontohi. Buat Kak Su, SM doakan semoga tabah menghadapi ujian ini.

[Sumber: Rotikaya]

0 Response to "ISTERI ARWAH HARUN SALIM BACHIK DEDAH SIKAP AFDLIN SHAUKI"

Catat Ulasan