Sumber berkata, suspek berusia 20-an dikatakan
turut menyewa sebuah bilik di kediaman terbabit.
Menurutnya, mangsa dan suami dikatakan mengemas
rumah berkenaan sebelum suspek diminta turut sama membantu.
“Bagaimanapun suami mangsa memberitahu terpaksa
meninggalkan rumah seketika berikutan mempunyai urusan kerja.
“Mangsa dan suspek kemudian menyambung tugas
mengemas rumah sebelum mangsa masuk ke dalam bilik sambil bernyanyi,”
katanya.
Tindakan itu dikatakan menyebabkan suspek
‘jatuh hati’ dengan kelunakan suara mangsa sebelum suspek meminta mangsa
mengajarnya menyanyi.
Menurutnya, mangsa bagaimanapun terkejut
apabila suspek bertindak kasar menarik rambutnya sebelum diseret ke dalam
bilik.
“Suspek kemudian terus menanggalkan pakaian
mangsa dan memperkosanya tanpa belas kasihan.
“Malah, suspek memberi idea gila dengan
menyuruh mangsa bercerai dengan suami dan berkahwin dengannya,” katanya.
Dia berkata, suami mangsa yang pulang tidak
lama kemudian terkejut melihat keadaan isterinya sebelum bertanya apa yang
berlaku.
“Suami mangsa berang selepas mengetahui
isterinya diperkosa sebelum memukul dan menangkap suspek.
“Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Tun HS
Lee, di sini, sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi
mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan suspek kini ditahan
reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -
myMetro
0 Response to "Isteri Orang Diro gol Kerana Bersuara 'Sedap'"
Catat Ulasan