Saya
seorang isteri, berusia 24 tahun dan baru berkahwin bulan Julai 2014 yang lalu.
Sebelum berkahwin saya telah jatuh cinta dengan suami orang yang berusia 39
tahun. Dia juga telah mempunyai 4 orang anak.
Isterinya
mengandung, kami berkenalan
Semasa
isteri nya mengandungkan anak ke 4, kami mula berkenalan melalui aplikasi
WeChat. Semasa berkenalan, secara jujur, dia mengakui bahawa dia adalah suami
orang dan bapa kepada anak-anak kesayangan. Memang saya tiada masalah, kerana
sekadar kawan-kawan biasa sahaja…
Dia
terus menerus menghubungi saya sehingga saya jatuh cinta padanya dalam masa
tidak sampai 2 bulan. Bermula dari situ kami saling mencintai dan menyayangi.
Dia kerja offshore dan cuma balik darat setiap 2 bulan. Masa dia nak balik, kami
telah mengatur pertemuan sulung kami di sebuah hotel. Hati sungguh
berdebar-debar kerana itu adalah kali pertama kami bersemuka. Sebelum ini kami
hanya video call sahaja sepanjang dia berada di laut…
Terlanjur
jua akhirnya…
Kali
pertama dating saya telah kalah dengan dia. Saya terlanjur dengan dia. Dia
adalah lelaki kedua yang penah saya terlanjur. Sebelum ini, saya pernah
terlanjur dengan bekas teman lelaki semasa menjadi pelajar di universiti. Kami
terlanjur di hotel itu, atas kehendak masing-masing, tiada paksaan…
Seterusnya,
begitulah setiap kali balik ke darat, kami telah atur pertemuan untuk pergi
honeymoon. Dia sanggup menipu isterinya untuk pergi honeymoon dengan saya. Kasih
sayang dan cinta kami makin erat dan sukar untuk saya lupakan dia. Saya cuba
lupakan dia, tetapi saya tidak dapat bohong perasaan
saya sendiri. Saya cintakan dia sangat-sangat.
Kenapa
sanggup curang?
Saya ada bertanya, kenapa dia curang dengan isteri. Katanya, “Abang takkan curang kalau isteri tiada masalah. Kehendak batin abang selalu tidak dipenuhi”. Itu sahaja alasannya… Saya pun terdetik, “Adakah aku ini hanya pemuas nafsu untuk dia?”. Saya cuba bencikan dia dan tidak berhubungan dengan dia, tetapi gagal. Sayang saya pada dia sangat kuat…
Saya ada bertanya, kenapa dia curang dengan isteri. Katanya, “Abang takkan curang kalau isteri tiada masalah. Kehendak batin abang selalu tidak dipenuhi”. Itu sahaja alasannya… Saya pun terdetik, “Adakah aku ini hanya pemuas nafsu untuk dia?”. Saya cuba bencikan dia dan tidak berhubungan dengan dia, tetapi gagal. Sayang saya pada dia sangat kuat…
Dalam
masa kami bercinta, pernah isteri dia baca mesej kami. Bila isterinya tanya, dia
jawab cuma kawan sahaja. Saya keliru dengan cinta kami…
Terima
lamaran…
Dalam
masa bercinta dengan suami orang itu, tiba-tiba kawan lama saya masa kanak-kanak
dahulu datang melamar… Saya menerima lamaran itu dengan harapan inilah cara terbaik untuk saya berpisah dan melupakan suami orang
itu. Setelah tarikh kahwin ditetapkan, saya beritahu dia, “Abang, ayang dah nak
berkahwin”. Dia benar-benar terperanjat dan menangis.
Dia
ada nyatakan hasrat untuk berkahwin dengan saya. Namun, saya sendiri takut untuk
beritahu keluarga kerana status dia sebagai suami orang. Jarak umur kami juga
jauh, dan saya adalah anak bongsu. Keluarga mengharapkan yang terbaik untuk
saya….
Saya
suruh dia jumpa keluarga saya kalau betul mahu kahwin dengan saya. Dia kata,
“Abang akan cari masa yang sesuai”
Setelah
memberitahu dia yang saya akan berkahwin, saya fikir ini akan buatkan hubungan
kami terputus. Sebaliknya, ia jadi semakin galak dan masing-masing tidak dapat
kawal diri. Kami sangat sayang antara satu sama lain. Sehinggakan, dia sanggup
berikan duit untuk saya, sponsor semua barang hantaran perkahwinan dan baju
kahwin saya. Barang hantaran dan baju kahwin, kami pergi shopping bersama-sama.
Sampai macam itu sekali dia sanggup layan saya. Kadang-kadang terfikir, patutlah
dia boleh belanja saya kerana bergaji besar. S3ks dengan saya dia dapat, jadi
apalah sangat dengan duit itu. Kadang-kadang terfikir, betapa bodohnya
saya….
Hari
ijabkabul…
Tanggal
hari perkahwinan saya, dia menangis lagi. Setelah sebulan kahwin, kami masih
tidak berjumpa. Kami masih tidak dapat kawal diri kami. Kami terlanjur lagi,
walaupun selepas saya kahwin. Ia berlanjutan sehingga ke hari ini. Saya buntu
bagaimana mahu berpisah dengan dia. Saya ada beritahu, saya tidak mahu berkawan
lagi dengan dia. Dia hanya cakap, “Abang tetap sayang dan cintakan ayang macam
dulu-dulu. Abang akan tunggu ayang selamanya”. Dia masih tidak mahu lepaskan
saya…
Saya
tidak dapat elak dari dia. Saya sayang dia sangat-sangat. Kadangkala, terfikir
mahu beritahu isterinya, bahawa suaminya curang dengan saya. Namun, saya
terfikir pula kerana faham perasaan lembut perempuan. Mesti isteri dia sedih
bila tahu suaminya curang dengan saya. Sebelum ini, dia juga pernah terlanjur
dengan perempuan lain. Pernah bawa berjumpa dengan isterinya untuk minta izin
berkahwin lagi. Isterinya tidak izinkan. Kini, saya pula menghadapi situasi
ini…
Hubungan
jarak jauh Saya tinggal jauh dari suami.
Sebab
itulah saya ada masa untuk layan suami orang itu bila dia balik ke darat.
Sudahlah jauh, suami saya pula sibuk dengan kerja. Isteri kekasih saya juga
sibuk dengan kerja. Jadi, selama ini, sayalah yang melayan suami orang
itu.
sumber
: c.mediapanas.blogspot.com
0 Response to "Isteriku Terlanjur Ketika Lalai Melayani WECHAT Dengan Suami Orang"
Catat Ulasan