Pelakon jelita Rozita Che Wan
menafikan bahawa gambar separuh bogel seorang wanita yang tersebar di laman
sosial adalah dirinya. Gambar yang dipercayai menggunakan proses tindanan itu
memaparkan wanita dengan raut wajah seiras pelakon itu dalam keadaan tidak
berbaju dan menampakkan payu dara.
“Kakak saya telah menghantar gambar separuh
bogel itu kepada saya minggu lalu. Namun saya sama sekali tidak terkejut dengan
gosip sebegini kerana segala-galanya tidak mustahil di zaman teknologi
sekarang.
“Saya bukan muda lagi untuk melakukan
perbuatan sedemikian, malah saya juga sibuk bekerja, tiada masa untuk berbuat
begitu. Saya tidak terkesan dengan penyebaran gambar itu kerana saya tahu itu
bukannya diri saya,” katanya kepada BH Online.
Che Ta berkata, beliau tidak pernah merakamkan
gambar dalam keadaan memalukan seperti mana yang tersiar dan percaya peminat
masa kini lebih bijak berfikir dan tidak membuat kesimpulan dengan begitu mudah
terhadap perkara negatif sebegitu.
Katanya, berkata, beliau turut memaklumkan
mengenai gambar itu kepada suaminya, Zain Sain dan mereka menganggap ia sebagai
perkara lucu kerana tahu gambar itu tidak benar sama sekali.
“Saya tunjuk kepada Zain pun dia tergelak.
Lucu melihatkan kreativiti sesetengah pihak menggunakan teknik ‘superimpose’
kelihatan seperti benar. “
“Namun apa yang penting, kami sendiri tahu
perkara ini tidak benar. Saya enggan melatah kerana bukan pertama kali perkara
begini terjadi kepada saya,” katanya.
0 Response to "ISU GAMBAR SEPARUH BOGEL ‘TERSEBAR’, INI PENJELASAN ROZITA CHE WAN?"
Catat Ulasan