penyanyi
dan juga pelakon Linda Rafar, mendakwa suaminya Syed Aiman telah melafazkan
cerai terhadapnya pagi tadi dan tambah Linda, Syed melafazkan cerai itu di
kediaman mereka di Shah Alam kira-kira 7 pagi tadi dan ia turut disaksikan ibu
dan anaknya.
“Dia
(Syed) lafazkan cerai disaksikan ibu dan anak saya. Bagaimanapun, selepas itu
dia menyesal tetapi pada saya sudah terlambat. Hati saya hancur dan saya kini
trauma,” jelasnya yang kini hamil tiga bulan kepada Harian Metro hari ini.
Sementara
itu, Syed ketika dihubungi menafikan rumah tangganya bermasalah dan dia tidak
tahu apa yang dimuatnaik Linda di Instagram. Linda akan ke Mahkamah Rendah
Syariah Shah Alam esok bagi mengesahkan lafaz cerai itu.
“Saya
kini berada di rumah, tak ada apa-apa pun berlaku dan semuanya ok saja. Saya tak
tahu apa yang dia (Linda) muat naik di Instagram. Kalau tak diberitahu, saya
memang tak tahu apa-apa,” katanya.
0 Response to "Jawapan Bekas Suami Linda Rafar Isu Cerai Sangat Menyakitkan Hati"
Catat Ulasan