Apabila
melihatkan jumlah gaji bulanan yang dimiliki oleh pemain tempatan di dalam
artikel ini, kami merasakan mungkin dalam masa 5 tahun lagi Malaysia mampu untuk
membawa mutu permainan yang mantap seiring dengan gaji yang sedap.
Safee
Sali mencatat jumlah gaji tertinggi iaitu RM 120,000 bersama kelab Johor Darul
Takzim (JDT). Jumlah ini memang berbaloi kerana kita boleh tengok Safee perform habis ketika mewakili Malaysia malah
sangat berbudi bahasa terhadap peminat.
Pemain
lincah ini memang kami suka sebab dia rajin dan bijak menghidu peluang dan
sangat rajin ketika di atas padang. Amri Yahyah dikatakan dibayar gaji
sekitar RM 85,000 daripada
kelabnya, juga JDT.
Abang handsome Norshahrul Idlan Talaha yang kini
bersama ATM FC dikatakan dibayar gaji sekitarRM80,000. Pasti padu ATM musim ini
dengan kehadiran Mat Yo yang sangat cemerlang di JDT sebelum ini. *Uhuk* –
terbatuk pula.
Indra
Putra Mahayuddin, tengok muka sudah tahu seorang yang humble dan rajin kejar bola. Kini beraksi
bersama Felda United FC dengan anggaran gaji sekitar RM75,000. Bak kata pepatah, semakin
berusia semakin lincah.
Baddrol
Bakhtiar adalah pemain bagi kelab Kedah FA dengan anggaran gaji RM65,000. Cukup lumayan jika tinggal di
Kedah dengan gaji sebegini. Makan confirm kenyang. Sila jemput kami untuk
review Makan-Makan di Kedah jika ada kelapangan.
Dengan
keadaan gaji yang kukuh dan lumayan, kami yakin ini mampu memberi motivasi
kepada pemain untuk terus dapat kenaikan gaji seterusnya berpeluang melonjakkan
nama Malaysia di mata dunia.
SUMBER : http://vitdaily.com/5-gaji-tertinggi-pemain-bola-sepak-malaysia/
SUMBER : http://vitdaily.com/5-gaji-tertinggi-pemain-bola-sepak-malaysia/
0 Response to "Jom Tengok 5 Gaji Tertinggi Pemain Bola Sepak Malaysia"
Catat Ulasan