
Zhytomyr Oblas (Ukraine):
Kemaluan seorang kanak-kanak berusia enam tahun putus selepas digigit kuda
peliharaan keluarganya.
Kejadian berlaku ketika
kanak-kanak itu menunggang basikal melintasi depan kuda betina
berkenaan.
Menurut laporan, kuda itu
menyerang mangsa secara tiba-tiba, menyebabkan kanak-kanak itu jatuh sebelum ia
menggigit kemaluannya.
Mangsa meraung kesakitan
sambil berlari menuju ke arah bapanya.
Lelaki itu berkata, dia
bernasib baik kerana menemui semula bahagian kemaluan anaknya yang
terputus.
Kejadian aneh itu berlaku
di wilayah Zhytomyr Oblas di utara Ukraine.
Si bapa yang terkejut
dengan kejadian itu berkata: “Saya memberi makan kepada kuda lain apabila
mendengar anak saya menjerit: ‘Dia gigit saya, dia gigit
saya.’
“Saya memegang kemaluannya
untuk menghentikan pendarahan dan menelefon ambulans.”
Mangsa dikejarkan ke
hospital berhampiran untuk menjalani pembedahan kecemasan.
Doktor Igor Vishpinsky yang
merawat kanak-kanak itu berkata, dia berdepan dengan pelbagai kes rumit sejak
beberapa tahun lalu, tetapi kes kemaluan digigit kuda adalah yang paling
aneh.
“Sebelum ini, kami menerima
pesakit yang putus jari kerana digigit kuda atau sebagainya.
“Tetapi, ini kali pertama
pesakit datang dengan kemaluan terputus kerana digigit kuda,”
katanya.
Pakar bedah berjaya
mencantumkan kemaluan itu, tetapi memerlukan masa untuk menentukan sama ada
pembedahan itu berjaya atau sebaliknya. - Agensi
0 Response to "Kemaluan kKnak-Kanak Putus Digigit Kuda"
Catat Ulasan