
Kuala
Lumpur: Pelakon dan pengacara Rozita Che Wan, 43, mengesahkan dia enggan
meneruskan tugasnya sebagai juri tetap program realiti Akademi Fantasia (AF)
2015 mulai minggu depan selepas diherdik Pengetua AF2015 Edry Abdul Halim yang
tidak berpuas hati dengan kritikannya terhadap pelajar AF malam
tadi.
Rozita
atau Che Ta berkata, keputusan itu diambil serta-merta kerana dia tidak
menyenangi sikap tidak profesional Edry yang melenting selepas dia mengkritik
persembahan pelajar AF2015 iaitu Sufi.
"Saya
tidak suka bekerja dengan orang yang tidak profesional dan emosional,"
katanya.
Menurut
Rozita, keputusan menarik diri itu dilakukan atas dasar
profesionalisme.
"Keputusan
saya menyertai AF2015 bukan disebabkan wang atau populariti kerana keluar tv
setiap minggu dalam program yang mendapat rating tinggi.
"Saya
menarik diri sebab maruah. Saya tidak mahu bekerja dalam persekitaran yang tidak
sihat apabila ada individu yang tidak hormat pada saya.
"Saya cuma
menjalankan tugas diberikan atas nama profesionalisme. Saya hanya berminat
bekerja dengan pihak yang mempunyai tahap profesionalisme seperti saya,"
katanya.
Sementara
itu, Edry berkata, dia bertindak demikian semata-mata untuk mempertahankan
pelajarnya daripada kritikan tidak membina.
"Sebagai
pengetua saya bersikap profesional dan terbuka untuk menerima kritikan juri tapi
juri itu juga perlu beri kritikan yang membantu pelajar memperbaiki kekurangan
mereka.
"Sudah
tentu saya wajar mempertahankan pelajar saya dengan apa cara sekali pun jika
orang mempertikai tanpa penjelasan terperinci aspek yang perlu diperbaiki,"
katanya...HM
Kritik Persembahan Sufi Tak Cukup Rock, Che Ta Dikecam
SEMALAM
menyaksikan sembilan pelajar Akademi Fantasia 2015 (AF2015) mempamerkan
persembahan bertenaga masing-masing mengikut tema rock seperti yang
ditetapkan oleh tenaga pengajar mereka.
Seperti
biasa, persembahan mereka akan dinilai oleh juri tetap, Dato Ramli MS dan Rozita
Che Wan (Che Ta) selain juri jemputan Ella dan Awie yang menceriakan konsert
mingguan minggu ini.
Namun yang
tak sedapnya, kebanyakan netizen mengecam komen Che Ta yang
menggelarkan nyanyian Sufi terlalu lembut dan belum mencapai tahap rock yang
diinginkan.
Sufi
AF2015
Menurut
mereka lagu Mentari Di Ufuk Timur nyanyian asal kumpulan Search itu
merupakan lagu ketuhanan yang bersifat slow rock.
Tetapi Che
Ta menyifatkan persembahan Sufi sebagai
kurang umph dan rock.
Hmm, betul
juga cakap dorang, takkan kalau rock je mesti
kena headbanging kan. Rock tu ada macam-macam jenis,
ada slow rock, rock ballad, nu rock..
Lepas ni
mungkin sebelum beri sebarang komen, Che Ta boleh kaji terlebih dulu lagu yang
perlu dipersembahkan oleh setiap pelajar AF pada saban minggu. Tak
gitu?
0 Response to "Kenapa Che Ta ? Tarik Diri Dari Menjadi Juri AF ? Mulut Laser Sangat Ke?"
Catat Ulasan