Soalan:
Assalamualaikum Ustaz..
Maaf menggangu ustaz..semoga ustaz sentiasa
dalam rahmat ALLAH..
Saya ingin bertnya,sy melihat ramai rakan
seusaha Dakwah(karkun2) di rumah mereka tak di gantung gambar2
perkahwinan..
atau gambar gambar keluarga..atau gambar
gambar ijazah..dan begitu juga saya lihat di rumah Tok Tok Guru pondok..bahkan
gambar syeikh atau Ulama atau Habib pun tak di gantung..yang ada cuma frame
Quran..gambar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi..
Soalan saya yang pertama ada dalil ke yang
kata kita tak boleh gantung gambar..?
Yang kedua kalau tak boleh gantung,gambar
nak letak kat mana?
Terima kasih ustaz...
Jawapan:
Wslm Tn Haji..terima kasih kerana
brtnya..
semoga ALLAH merahmati tuan haji sekeluarga dan
memilih kita mnjadi asbab hidayat seluruh alam...
sy ingin mnjawab persoalan Tn haji yg kedua
terlebih dahulu..tmpt letak gambar yg sebaiknya ialah di album gambar..dan
segala kenangan indah kita simpanlah dlm hati agar tak luput dari ingatan
insyAllah..
Mengenai persoalan pertama..
berlaku khilaf di klgn Ulama..
Ulama kontemporari seperti Syeikh Dr Ali Jumah
membolehkannya dan beliau ada hujah beliau yg tersndiri..bagi rakan seusaha yg
mgatakan tak boleh gantung gambar sb mmg ada dalil yg berkaitan gantung gambar
di dalam rumah yg di sebut dalam Sahih Bukhari..akan tetapi sayangnya hingga ke
hari ni kita lihat rumah org Islam masih penuh dgn gambar...kdgkala ada gmbr yg
tak patut sprti gmbr2 artis2 wanita yg tak menutup aurat..dgn sb itu Malaikat
Rahmat terhalang untuk masuk ke rumah..kesan dari itu tidak wujud lagi kasih
sayang sesama ahli rumah..kadangkala salah faham berlaku ini kerana rumah tak de
rahmat..khairan juga dgn sesetengah masyarakat yg jmput jemaah masjid untuk baca
yasin tahlil dan doa selamat di rumah tp malaikat rahmat sndiri terhalang masuk
sb ada gambar.. kita rujuk beberapa hadis sahih Bukhari...
Daripada ‘Aisyah R.a dia menjelaskan, “Aku
membeli sebuah bantal bergambar. Apabila Rasulullah Saw melihat ia,Baginda Saw
berdiri di pintu dan tidak terus masuk ke rumah. Aku menyedari air mukanya
berubah kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak disukainya. Aku berkata, “Wahai
Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya, (tolong beritahu aku)
apakah dosa ku?” Rasulullah berkata, “Ada apa dengan bantal ini?” Aku menjawab,
“Aku membelinya untuk engkau agar dapat duduk dan bersandar padanya”. Rasulullah
berkata, Pembuat gambar ini akan di azab pada hari kiamat.” Rasulullah menambah,
“Malaikat (pembawa rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya
terdapat gambar”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no.
318)
Daripada Abu Talha R.a , “Aku mendengar
Rasulullah berkata, “Malaikat (Pembawa Rahmat) tidak akan memasuki rumah yg di
dalamnya ada anjing atau gambar yg berupa dari makhluk bernyawa .” (Hadis
Riwayat al-Bukhari, Kitab Penciptaan (4/54), no. 448)
“Suatu ketika Malaikat Jibril berjanji kepada
Nabi yang mana dia akan datang menemui Nabi, tetapi dia tidak datang-datang. Dan
kemudiannya dia (Jibril) memberitahu, “kami dari golongan Malaikat tidak masuk
ke dalam rumah yg di dalamnya mengandungi gambar (berupa makhluk bernyawa) atau
anjing.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/54), no. 450)
‘Aisyah R.a menyatakan bahawa Jibril (‘alaihis
salam) berjanji dengan Rasulullah (s.a.w.) untuk menemuinya pada masa yang telah
ditetapkan, namun pada masa yang tersebut, dia (Jibril) tidak datang.
Kemudiannya Nabi mencampakkan tongkat di tangannya dan berkata, “Tidak pernah
Allah dan utusannya (Malaikat Jibril) memungkiri janji”. Kemudian nabi terlihat
dan menemui anak anjing di bawah katil dan berkata, “Aisyah, bila anjing ini
masuk ke sini?” Dan beliau (‘Aisyah) menjawab, “Demi Allah, saya tidak tahu.”
Kemudiannya Nabi mengarahkan dan anjing itu pun dikeluarkan. Tidak lama selepas
itu, Jibril pun datang dan Rasulullah berkata kepadanya, “Engkau berjanji kepada
saya dan saya menantikan engkau, tetapi engkau tidak datang-datang. Jibril pun
menyatakan, “Di dalam rumah-mu ada anjing, di mana ia menghalang (saya untuk
masuk), untuk kami(Malaikat) tidak masuk rumah yg di dalamnya ada anjing atau
gambar.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Pakaian & Perhiasan (24), no.
5246)
Daripada Ibnu ‘Abbas R.a, “Nabi pernah memasuki
Ka’bah dan menemui di dalamnya (lukisan) gambar Nabi Ibrahim A.s dan Mariam
A.s.. Kemudiannya beliau berkata, “Benda apa ini? Bukankah mereka mengetahui
bahawa malaikat tidak masuk rumah yang di dalamnya mengandungi gambar;
termasuklah gambar (Nabi) Ibrahim ini. Dan kenapa dia digambarkan sedang
mempraktikkan meramal dengan anak panah?”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab
Para Nabi (4/55), no. 570)
Daripada Ibnu ‘Abbas R.a, “Abu Talha R.a,
seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama dalam
peperangan badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata,” Malaikat tidak
masuk rumah yg di dalamnya ada anjing atau gambar"..Yang dia maksudkan adalah
gambar yang menyerupai makhluk bernyawa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab
Ekspedisi Peperangan Bersama Nabi (5/59), no. 338)
Daripada Aisyah R.a, Nabi Saw menyatakan:
Malaikat(pembawa Rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yg di dalamnya terdapat
gambar.(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 318)
Dan ada juga kalau Tn Haji pernah terbaca ada
satu tulisan mengatakan Ustaz Azhar Idrus sendiri pernah mnjawab:
Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh
Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud: “Sungguhnya para
malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing
dan orang yang junub.”
Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini
ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar
makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan
semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di
gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya
sekali pun gambar keluarga.
Oleh itu gambar-gambar makhluk bernyawa seperti
gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding didalam rumah
seperti gambar yang disimpan didalam album atau didalam komputer tidaklah
menjadi kesalahan.
Ada pun gambar-gambar yang bukan bernyawa
seperti gambar kereta, motosikal, gunung ganang, laut, penyapu lidi, penapis
santan atau seumpamanya tidaklah haram di jadikan perhiasan pada dinding-dinding
rumah.
Wallahua’lam ( Rujukan Kitab Rawa’iul Bayaan
Juz 1 )
dan juga kalau Tn haji lihat dalam Kitab Taklim
bhgian Fadhilat Ramadhan ada Hazrat Syeikhul Hadith Maulana Zakakariya rah hurai
sikit bab larangan ini..
Waulohu a'lam wa elmuhu atam..
Semoga ALLAH merahmati kita semua dan
menjadikan kita semua asbab hidayat sampai hari kiamat...amin..
0 Response to "Kenapa Kita Tak Boleh Gantung Gambar ? Kalau Tak Boleh Gantung, Nak Letak Kat Mana?"
Catat Ulasan