Polis mengenal pasti ketua kumpulan yang dipercayai terbabit dalam insiden membakar suar, mercun dan bom asap ketika perlawanan bola sepak antara skuad Harimau Malaya dan Arab Saudi pada Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Shah Alam, Selasa lalu.
![]() |
Ketua kumpulan bakar suar di Stadium Shah Alam dikenal pasti polis |
“Kita sudah mengenal pasti ketua kumpulan itu, kita juga sedang meneliti rakaman bagi mengesan individu yang dipercayai dapat membantu siasatan,” katanya.
Beliau berkata, 11 individu yang ditahan reman dapat membantu siasatan berhubung insiden rusuhan di stadium tersebut.
“Kita mahu menyiasat punca individu tersebut peroleh bekalan suar itu yang begitu banyak, siapa yang membawa masuk ke dalam stadium.
“Penjual makanan dan minuman di stadium berkenaan juga akan dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya.
Perlawanan itu terpaksa dihentikan pada minit ke-88 selepas berlakunya kekecohan termasuk kejadian membakar suar dan mercun di padang. Ketika itu, Arab Saudi mendahului 2-1, lapor Sinar Harian.
0 Response to "Ketua Kumpulan Bakar Suar Di Stadium Shah Alam Sudah Dikenal Pasti Polis"
Catat Ulasan