Semalam sekali lagi Tasha Shilla dihentam teruk
oleh netizen gara-gara penampilannya di sebuah event.Hal ini turut mendapat
perhatian seorang ustaz yang tampil menegur pemakaian seksi Tasha Shilla. Tasha
Shilla nak dengar ke tidak terpulang pada dia, yang penting ada ahli agamawan
yang sudah menjalankan tugas mereka.
Ketika dihubungi Mynewshub, Ustaz Tuan Asmawi
Tuan Umar, Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menganggap
para selebriti seharusnya mengikut ‘dress code’ yang telah ditetapkan dalam
Islam.
Dalam etika berpakaian dengan sepupu
sepapat pun kita ada dress code yang perlu dipatuhi (dalam Islam), apatah lagi
dia merupakan seorang public figure yang orang ramai boleh melihat
imejnya.
Kalau dia berpakaian sedemikian, dia
saling berkongsi dosa, orang yang lihat dia pun jadi berdosa melihatnya. Jangan
cari populariti yang jatuhkan imej dan maruah diri. Kemuliaan sesuatu jiwa itu
bergantung kepada macam mana kita membawa diri.
Tambah Ustaz Asmawi lagi, para selebriti
sepatutnya mengangkat budaya timur dan bukan terikut-ikut dengan budaya barat
yang jelas bertentangan.
Sesuatu juga harus dilakukan oleh persatuan
yang memayungi anak-anak seni supaya selebriti menjaga imej mereka.
Cadangan saya, pihak jabatan agama buat
kerjasama dengan persatuan-persatuan yang memayungi anak-anak seni ini seperti
FDAM dan Seniman, beri peringatan kepada selebriti supaya menjaga imej dan
totally menolak artis yang macam itu (imej terlampau seksi). Ini kerana
masyarakat kita gemar meniru, jadikan artis sebagai role model
mereka.
Kita jangan ikut Jennifer Lopez ke apa,
tu memang dah budaya dia. Seharusnya kita harus lebih mengangkat budaya dan adat
orang Timur, lebih-lebih lagi buat selebriti kerana mereka merupakan public
figure.
Sumber : Mynewshub via OH BULAN
0 Response to "Kita Jangan Ikut Jennifer Lopez – Teguran ‘Padu’ Ustaz Terhadap Fesyen Seksi Tasha Shilla"
Catat Ulasan