Mungkin
sesetengah orang merasakan perkara ini begitu remeh sehingga ramai yang tidak
mengendahkannya. Sekarang mengaku, ramai diantara anda yang tidak mematikan
telefon bimbit atau menukarkan peranti anda kepada ‘Airplane mode’ di dalam
penerbangan bukan? Mungkin ia tidak sengajakan, atau mungkin kerana anda percaya
peraturan itu adalah sesuatu yang tidak perlu.
Hampir satu
pertiga daripada penumpang kapal terbang melaporkan bahawa mereka tidak
mematikan peranti elektronik mudah alih mereka, menurut satu kajian oleh
Persatuan Pengguna Elektronik.
Persoalannya,
mengapa begitu penting untuk mematikannya? Mampukah peranti elektronik
menjatuhkan kapal terbang?
Berikut, kami
berkongsi entri dari sebuah blog dimana penulis menjelaskan betapa pentingnya fungsi
‘Airplane Mode’ atau lebih mudah lagi mematikan peranti elektronik.
Ikuti
penerangan sepenuhnya di bawah:
Dalam sejarah
penerbangan dunia, peranti elektronik tidak pernah menjadi punca kemalangan
kapal terbang. Seorang jurutera dan pakar dalam bidang penerbangan, Kenny
Kirchoff berkata, “Tidak semestinya telefon boleh menjatuhkan kapal terbang. Itu
tidak menjadi satu masalah.”
“Namun begitu,
alat-alat ini mampu mengganggu sistem sesebuah pesawat dan menyebabkan lebih
banyak kerja yang perlu dilakukan juruterbang semasa berada dalam fasa kritikal
penerbangan. Apabila berlepas dan mendarat, juruterbang berada dalam fasa
penerbangan yang memerlukan tahap konsentrasi tinggi.”
Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa isu gangguan sistem penerbangan yang berpunca
daripada peranti elektronik pernah berlaku sebelum ini. Dari tahun 2003 hingga
2009, terdapat 75 kes gangguan peranti elektronik telah dilapor, termasuk 29 kes
yang melibatkan telefon bimbit, menurut satu kajian oleh Persatuan Pengangkutan
Udara Antarabangsa. Jika diikutkan, hanya satu kes gangguan sahaja berlaku bagi
setiap 283,300 penerbangan. Walaupun jarang berlaku, laporan mencadangkan bahawa
gangguan itu boleh memberi kesan kepada hampir setiap sistem dalam pesawat, dari
sistem komunikasi dan navigasi kepada sistem kawalan penerbangan (seperti
autopilot) dan sistem amaran.
Jadi, adakah
gangguan ini benar-benar merbahaya?
Satu
eksperimen telah berlangsung di Makmal Gangguan Elektromagnetik Boeing di
Seattle. Dalam eksperimen ini, Kenny Kirchoff memasuki sebuah bilik yang
dilindungi serta kebal daripada tenaga elektrik. Kenny menghidupkan sebuah
komputer riba berhampiran sebatang antena dalam bilik tersebut.
Kemudian,
keputusannya direkodkan dan dipapar pada satu monitor. Ia menunjukkan, pelepasan
tenaga elektrik dari komputer riba berkenaan menjangkaui satu garisan yang
menggambarkan frekuensi radio kapal terbang.
Di sini, anda
dapat lihat sebahagian frekuensi dari komputer riba tadi mampu melepaskan tenaga
melebihi had. Ini bermakna, peranti elektronik mudah alih mempunyai potensi
untuk mengganggu sistem kapal terbang lebih dari apa yang
dijangkakan.
Semakin hari
peranti elektronik semakin dilengkapi dengan pelbagai fungsi. Tetapi tidak perlu
khuatir kerana sistem kapal terbang juga telah berkembang kepada yang lebih
canggih. Pesawat generasi baru lebih mantap dan lebih baik dari segi
perlindungan kepada gangguan elektromagnetik – gangguan yang melibatkan litar
elektrik disebabkan sama ada oleh induksi elektromagnet atau sinaran yang
dipancarkan oleh sumber luar.
Satu lagi
hujah yang biasanya datang melibatkan penggunaan Wi-Fi dalam penerbangan yang
ditawarkan oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Untuk makluman, sistem
Wi-Fi dalam kapal terbang telah diuji dan disahkan mengikut model dan sistem
pesawat secara keseluruhan.
Teknologi
mewujudkan masalah, dan teknologi jugalah yang menyelesaikan masalah. Untuk
memastikan keselamatan maksimum, adalah lebih baik jika kita semua mematikan
peranti elektronik ketika dalam penerbangan. Bak kata pepatah, sediakan payung
sebelum hujan.
Sumber:
HarianBlogger
0 Response to "Korang Nak Tahu Tak Inilah Fungsi Sebenar ‘Airplane Mode’"
Catat Ulasan