Penyanyi Akim Ahmad berkata
pengorbanan kekasihnya, Stacy yang sanggup meninggalkan
agama Kristian untuk memeluk Islam tidak akan disia-siakan begitu
sahaja.
Akim berkata, perkara itu juga akan memberi
kekuatan kepada dia untuk tidak mudah tergoda dengan mana-mana wanita
yang cuba mendekatinya. Kata Akim:-
“Walaupun saya tahu pengorbanan yang dibuat bukan untuk saya, tetapi saya menganggap kesanggupannya memeluk agama Islam ada kaitan dengan saya.“Pengorbanan itu akan mengingatkan dan melarikan pandangan saya terhadap wanita-wanita cantik (yang berada di sekelilingnya)“Nak cakap tentang jaminan saya kepadanya, saya tak berani kerana saya hanyalah manusia biasa,” katanya.
Sementara itu, ditanya adakah dia dan Stacy
sedang merancang ke arah perkahwinan dalam masa terdekat ini, penyanyi itu
menafikan khabar angin tersebut.
“Saya mahu memberi ruang buat Stacy mendalami Islam dahulu sebelum merancang ke arah itu.“Nak ikutkan sekarang saya nak kahwin. Tetapi saya mahu beri masa dan ruang kepada dia.“Alhamdulillah, selain memberi semangat dan motivasi, saya ada datang ke rumahnya solat bersama,” ujarnya.
Semoga segala urusan Akim dan Stacy
dipermudahkan.
0 Response to "LUAHAN ‘SWEET’ AKIM AHMAD BUAT STACY SELEPAS MEMELUK ISLAM"
Catat Ulasan