
Memang terkejut apabila mendapat tahu bahawa masalah obesiti merupakan kes kematian paling tinggi di catatkan di hospital kerajaan.
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, sebanyak 73 peratus kematian di hospital kerajaan adalah disebabkan penyakit tidak berjangkit (NCD) terutama membabitkan masalah obesiti.
Beliau
berkata di ASEAN, Malaysia adalah negara
yang mempunyai jumlah penduduk gemuk tertinggi diikuti Thailand dan
Singapura.
“Di
negara ASEAN ini, memang Malaysia yang paling gemuk dengan 44.3 peratus penduduk
mempunyai BMI (Indeks Jisim Tubuh) lebih daripada 25. Orang Malaysia makan enam
kali sehari. Kita pun makan banyak makanan berlemak dan kurang bersenam.
“Gaya
hidup masyarakat sekarang pun sudah berubah, sekarang mereka banyak tengok
komputer dan media sosial,” katanya.
Beliau
berkata masalah penyakit NCD seperti kencing manis, darah tinggi, obesiti serta
strok amat membimbangkan dan ia boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit serius
yang lain.
Justeru,
Dr Hilmi berkata rakyat Malaysia mengubah gaya hidup dengan mengamalkan
pemakanan yang sihat dan melakukan aktiviti senaman yang konsisten.
“Kementerian
juga turut mempergiatkan kempen ubah cara hidup. Jadi, kita kena ubah hidup
kita. Kalau di pejabat ada lif cuba naik tangga,” katanya.
BERNAMA
0 Response to "Masalah Obesiti Catat Kes Kematian Paling Tinggi Di Hospital Kerajaan"
Catat Ulasan