Ini adalah wajah terbaru adik Yaya..adik Yaya
semakin sihat...Alhamdulillah.
Semoga adik dapat membesar dengan baik dan
menjadi insan yang berbakti kepada agama dan negara apabila besar nanti.
Laporan sebelum ini :-
MAngsa dera ibu tiri, Nur Zuliana Zaara
Zulkifli, 5, disahkan oleh pihak hospital telah mengalami kecacatan kekal
selepas mengalami patah 13 tulang termasuk tulang belakangnya kerana didera oleh
ibu tiri.
Memetik laporan Utusan Malaysia, kecacatan
yang dikesan dihadapi oleh Zuliana ialah bongkok kerana masalah tulang belakang
dan tempang kerana perbezaan panjang tulang paha kiri dan kanan.
Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II
(HRPZ II), Datuk Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan berkata, kecacatan ini berlaku
kerana mangsa tidak pernah menerima sebarang rawatan sejak daripada awal
sebaliknya dibiarkan sembuh sendiri kira-kira enam bulan lalu.
"Terdapat 10 kesan kecederaan patah dikesan
di bahagian tulang rusuk manakala tiga lagi masing-masing dikesan di bahagian
tulang belakang, pinggul serta lengan kanan."
“Mangsa dipercayai terpaksa menanggung
kesakitan bersendirian akibat patah tulang selama kira-kira tiga hingga enam
bulan.
“Mangsa juga didapati dalam keadaan trauma
di samping mengalami radang paru-paru sehingga mengganggu sistem pernafasannya.
Sekarang, dia amat letih dan tidak bermaya,” katanya dalam sidang akhbar di HRPZ
II di sini hari ini.
0 Response to "Masih Ingat Adik Yaya Mangsa Dera Ibu Tiri, Ni Gambar Terkini Dia"
Catat Ulasan