Dalam
Rukun Islam Haji adalah salah satu rukun yang perlu dilakukan untuk umat islam
bagi yang berkemampuan. JEMPUTAN menjadi tetamu Allah S.W.T bagi melaksanakan
rukun Islam kelima iaitu mengerjakan ibadah haji merupakan impian bagi semua
umat Islam.
Berpeluang menjadi antara yang terpilih, pelakon dan pelawak
terkenal Nabil Ahmad meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kurniaan
rezeki itu.
Bercerita
mengenai jemputan haji tersebut, Nabil memberitahu dia mendapat berita dapat
mengerjakan ibadah haji pada tahun ini kira-kira sebulan lalu oleh rakan yang
turut bertanggungjawab membawanya mengerjakan umrah pada Ramadan
lalu.
Sementara itu, Nabil berkata, akan tetap meneruskan kerjaya seninya
dan dalam masa yang sama lebih peka terhadap tindak-tanduknya selepas pulang
dari Tanah Suci.
Sumber :
Mynewshub
0 Response to "Nabil Rajalawak Terima Jemputan Tunaikan Haji Tahun Ini"
Catat Ulasan