Seorang
remaja berusia 17 tahun membuktikan semangat ‘Malaysia Boleh’ dapat membawa yang
mustahil menjadi tidak mustahil.
Faye Jong-Sow Fei, pelajar SMK Batu Lintang,
Kuching, Sarawak kini boleh berbangga apabila namanya kini diabadikan sebagai
nama asteroid.
Ia
dibuat oleh Lincoln Observatory Near-Earth Object (LINEAR), susulan kejayaannya
mendapat tempat pertama dalam pertandingan Intel International Science and
Engineering Fair di Los Angeles, Amerika Syarikat, tahun lepas.

Projek
pengurusan alam sekitar yang dipersembahkan Faye pada pertandingan itu turut
melayakkannya menerima anugerah Saintis Muda Berpotensi dari European Union
Contest.
Asteroid
tersebut dinamakan ?#?31460Jongsowfei? dan rasmi digunakan pada
10 Julai lalu.

Ini
menjadikan Faye rakyat Malaysia pertama diberi penghargaan sedemikian.
LINEAR
merupakan salah satu projek yang dibiayai oleh National Aeronautics and Space
Administration (NASA), dengan kerjasama United States Air Force dan
Massachusetts Institute of Technology’s Lincoln Laboratory.
SUMBER: Awani
0 Response to "Nama Pelajar Malaysia Diabadikan Sebagai Nama Asteroid"
Catat Ulasan