Nora Danish dan Nedim bercinta semula? Apa kata Nora?

Nora Danish, Nedim bercinta semula? Aktres Nora Danish menafikan menyambung semula hubungan cinta dengan Nedim Nazri sebaliknya hanya berkawan baik dengan bekas teman lelakinya itu.

Nora Danish dan Nedim bercinta semula?
Nora Danish, Nedim bercinta semula?

Katanya, mereka masih boleh bersahabat baik kerana masing-masing sudah matang untuk membuat keputusan.

“Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, cinta tak semestinya memiliki. Kami putus bukan kerana kehadiran orang ketiga tetapi disebabkan ada perkara yang perlu kami selesaikan dulu.


“Benar kami ada keluar bersama kerana kami masih bersahabat baik. Masing-masing sudah dewasa dan boleh berfikir secara matang.

“Seandainya ada jodoh, kami akan bercinta semula. Namun, buat masa ini saya lebih selesa begini,” katanya.

Khabar angin mereka berbaik dan bercinta semula tercetus apabila video pasangan ini tersebar di laman sosial.

Jelas Nora, tiada apa yang ingin disorokkan, malah mereka memberi kebenaran kepada pemilik sebuah pemilik restoran untuk memuat naik video berkenaan.

Sementara itu, pelakon Polis Evo itu menjelaskan, beliau tidak terkesan dengan sebarang gambar dan status yang dimuat naik oleh sebuah akaun yang dikenali sebagai MissKepohOfficial, lapor BH Online.

0 Response to "Nora Danish dan Nedim bercinta semula? Apa kata Nora?"

Catat Ulasan