Kuala
Lumpur: “Saya akui apa yang dia umumkan (bercinta) itu tapi buat masa ini saya
tak mahu cakap banyak dulu,” kata penyanyi Stracie Angie Anam atau Stacy, 25,
mengenai pendedahan penyanyi Akim Ahmad yang mengesahkan mereka sudah menjalin
hubungan cinta secara diam-diam sejak tiga tahun lalu.
Stacy
berkata, keputusan merahsiakan hubungan berkenaan terpaksa diambil kerana mereka
tidak berminat untuk berkongsi hal peribadi kepada umum sebelum ini.
Bagaimanapun,
susulan tindakan Akim mendedahkan hubungan mereka, Stacy berkata, ia adalah
perkara mengejutkan dan dia menerima pengumuman itu dengan perasaan
bercampur-baur.
“Bukan
kami tak mahu berkongsi selama ini tapi ada sebabnya kami berahsia untuk
mengelakkan masalah atau cabaran lebih besar kal au kami bercerita dari dulu.
Pada saya, bahaya juga kalau terlalu mendedahkan hal peribadi untuk tatapan
umum.
“Bila
dia (Akim) akhirnya buka mulut dan mendedahkan hubungan kami kepada umum saya
tak tahu bagaimana nak respons sebab perasaannya seronok pun ada, malu dan segan
juga ada. Tapi saya tak marah dia ambil keputusan itu (mendedahkan secara
terbuka),” katanya.
Akim
atau Afiq Hakim Ahmad, 24, tampil membuat pengakuan mengenai hubungan
percintaannya dengan Stacy pada satu temuramah di radio Era FM, beberapa hari
lalu.
Ia
sekaligus mengejutkan semua pihak terutama peminat yang sering membuat spekulasi
mengenai keintiman mereka selama ini.
Pengakuan
Akim itu bukan saja mengejutkan peminat malah Stacy juga terkejut kerana tidak
tahu-menahu dan dimaklumkan mengenai tindakan itu sehingga ia menjadi bualan
hangat di media sosial susulan pengumuman berkenaan.
Terdahulu,
dalam satu kenyataan Akim berkata, keputusan untuk mendedahkan status hubungan
mereka dilakukan sebagai persediaan untuk melangkah ke peringkat lebih serius
antara dirinya dan Stacy.
0 Response to "PANAS!!! STACY TIDAK SENANG DENGAN PENGAKUAN AKIM "
Catat Ulasan