Baru-baru ini, seorang pelakon baru, Bil Azali
telah bertindak menumbuk abang iparnya sendiri gara-gara kerana mengabaikan
tanggungjawab sebagai suami kepada kakaknya malah Bil sendiri mengakui tidak
menyesal dengan apa yang dilakukanya itu.
“Memang saya tumbuk muka dan badan Asfan pada
Sabtu lalu. Jujurnya benda itu berlaku di luar jangkaan saya sendiri. Tapi bila
iman dan kesabaran sudah dicabar, saya terus hilang kawalan. Sebelum terjadi
perkara itu, saya masih okey lagi dengan Asfan dan adalah kami
berbual-bual”
“Manusia biasa seperti saya ada tahap
kesabarannya, tapi bila iman dan sabar saya sudah dicabar sejak dua tiga tahun
lamanya maka ia akan jadi macam inilah. Saya jenis yang susah nak sentuh orang
apatah lagi nak cari pasal, tapi bila sudah dijentik, jadi macam inilah”
“Cukup sekadar saya katakan ia terlalu peribadi
untuk diberitahu kepada umum. Saya tak nak nanti ia akan mendatangkan malu pada
Asfan bila dia disoal benda yang sama. Saya tak mahu tutup periuk nasi dia. Ini
masalah dalaman keluarga jadi saya perlu fikirkan dari banyak segi,” katanya
kepada Utusan Malaysia.
Selain itu, tambah Bil lagi, keluarganya juga
tidak menghalang perbuatannya itu dan mengakui jika mengikut undang-undang, dia
sememangnya bersalah. Bagaimanapun, ia juga sebagai salah satu langkah
peringatan kepada penyanyi Asfan agar kembali membahagiakan keluarga.
0 Response to "Pelakon Baru Dedah Punca Sebenar Beliau BELASAH Asfan"
Catat Ulasan