
Memang benar negara Malaysia didominasikan oleh orang melayu, namun ada segelintir daripada mereka terlalu ‘cepat melatah’ bersifat rasis dan beri alasan kerana “berjihad” sehinggakan boleh berlaku perpecahan antara kaum.
Oleh itu, perkongsian daripada lelaki yang dikenali sebagai Engku Nasrun ini memang cukup menarik perhatian kami. Pandangannya mengenai sikap segelintir masyarakat melayu yang bersikap rasis ini mungkin boleh membuatkan mereka diluar sana terduduk diam!
A) Non-bumiputra kebanyakannya terima dengan hati yang terbuka laungan Azan subuh yang menganggu tidur mereka.
B) Hari Jumaat, Lalulintas terganggu dan trafik tergendala. Non-muslim terpaksa terima jer.
C) Kita nak beli rumah, ada “bumiputra discount”
D) Non-Malays, non-bumiputra yang cemerlang nak masuk Universiti sampai bergadai sebab nak bayar Uni atau kolej swasta
E) Bila mereka dah grad, meraka jadi tenaga kerja yang lagi progresif, lagi padu.
F) Masa kat sekolah bila kita “speaking” sikit, ada kawan-kawan yang ejek. Mula lah kena pulau.
G) Nak bangsa lain hormat kita, kita kene start hormat dulu.
H) Sibuk nak bangsa lain ikut dan faham budaya kita jer
I) Kita dilihat sebagai bangsa yang mengada-ngada sampai bangsa lain takut pulak nak bergurau senda dengan kita.
J) Tampal sticker kat peti sejuk ofis “Halal only”. Padahal Hindu relax jer tengok kita layan daging depan diorg
K) Ada gereja bina dekat kawasan Melayu, kecoh jadinya
L) Sikit-sikit nak jihad. Rasis sgt kenape?
Refleksi:
Raja-raja & Sultan: Melayu
Perdana Menteri: Melayu
Timbalan Perdana Menteri: Melayu
Ketua Polis Negara: Melayu
Panglima Angkatan Tentera: Melayu
Apa yang terancam sangat?
P/S : Penulis bersetuju apa yang diperkatakan oleh beliau..
Sumber Facebook Engku Nasrun
0 Response to "Pemuda Kongsi 12 Perkara Orang Melayu 'Masih Buta'"
Catat Ulasan