Gambar
yang akan dikongsikan ini merupakan penampakan lembaga ketika pengirim yang
merupakan seorang photographer sedang menjalankan photoshoot outdoor untuk
pengantin di Gemas, Negeri Sembilan. Penampakkan ini terlihat menjelang waktu
Maghrib di kawasan gerabak kepala keretapi lama.
Asalamualaikum,
admin Oh! Media. Ni saya nak share pasal kisah penampakan lembaga masa saya
photoshoot outdoor untuk pengantin dekat gemas, n9.. Kalau boleh blur muka
pengantin pon ok. Pengantin dah izinkan share. Just nak bagitahu kat kawasan
Gemas lokasi kejadian penampakan tu dekat dalam gerabak kepala keretapi yang dah
lama terbiar. Sekadar berkongsi je. Saya pon tak perasan gambar yang diambil
dari smartphone ni. Pengantin yang tegur masa nak buat picture profile sebab
masa kat lokasi 4 orang saja dalam kepala keretapi tu. Pembantu saya ada di
belakang. Jadi? Pengantin naik selepas tu. Waktu kejadian ketika waktu Maghrib
hampir tiba..
Percaya
atau tidak, kita sebagai manusia sememangnya berkongsi Bumi Allah ini dengan
banyak lagi makhluk samaada terlihat di mata ataupun yang terselindung
(ghaib/halus). Hal tersebut sememangnya ada dinyatakan di dalam Al-Quran dan
hadith.
Beriman
atau mempercayai tentang adanya makhluk makhluk halus dan hal-hal yang ghaib
seperti ini adalah di antara ciri-ciri mukmin yang bertakwa kepada Allah s.w.t.
Dalam Surah al-Baqarah ayat 2 hingga 4 tersebut firman Allah
s.w.t.:
“AI-Quran
itu tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang bertakwa,
iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sembahyang dan
menggunakan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.”
Di
antara hikmat diciptakan makhluk-makhluk halus ialah:
i. Untuk memperkuat iman seseorang kepada Allah s.w.t., menyakinkan tentang kebesaran dan keagungan llahi. Di samping kejadian manusia yang dapat dilihat dengan mata kasar, Allah s.w.t. berkuasa mencipta makhluk-makhluk halus yang asal kejadiannya serta hakikat hidupnya begitu berbeza dengan manusia. Semua ini merupakan tanda-tanda keagungan Allah s.w.t.
i. Untuk memperkuat iman seseorang kepada Allah s.w.t., menyakinkan tentang kebesaran dan keagungan llahi. Di samping kejadian manusia yang dapat dilihat dengan mata kasar, Allah s.w.t. berkuasa mencipta makhluk-makhluk halus yang asal kejadiannya serta hakikat hidupnya begitu berbeza dengan manusia. Semua ini merupakan tanda-tanda keagungan Allah s.w.t.
ii.
Agar manusia sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh yang tidak nampak, yang
sentiasa berazam dan berusaha untuk menyesatkan manusia.
iii.
Untuk menguji iman manusia, setakat mana manusia dapat menggunakan akal fikiran
dan anggota tubuh badan dengan bijaksana dan tidak terpesona dengan tipu helah
pujukan syaitan.
iv.
Hanya dengan adanya dugaan, kekuatan iman seseorang itu akan
diketahui.
v.
Di samping kewujudan makhluk-makhluk halus yang jahat, seseorang yang beriman
akan terus merasa yakin tentang adanya pertolongan Allah. Allah s.w.t.
mengadakan para malaikat yang sentiasa meminta rahmat dari Allah s.w.t. untuk
manusia.
Sumber:
KisahBest
0 Response to "Penampakan Lembaga Ganjil Ketika Photoshoot Di Kepala Keretapi Lama"
Catat Ulasan