Pengumuman Tarikh Hari Raya Aidiladha Pada Tahun 2015

Tahun ini mungkin banyak peristiwa sayu dan sedih dek kerana jemaah haji yang terkorban di tanah suci makkah dimana ribut pasir berlaku mengakibatkan satu kren tumbang dan menghempap jemaah haji yang melakukan ibadah haji. Mari sama-sama kita sedekahkan AL-FATIHAH kepada mangsa yang terlibat.
 


Menjelang Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut oleh umat islam di seluruh dunia, kami kongsikan tarikh untuk disambut bagi orang beragama islam. Seperti mana sedia maklum, tarikh melihat anak bulan Zulhijah untuk menetapkan Hari Raya Qurban adalah pada petang Ahad, 13 September 2015 bersamaan 29 Zulkaedah 1436 Hijrah.

Oleh itu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bersamaan dengan Khamis 24 September 2015 melalui radio dan televisyen. Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).


Penetapan Hari Raya Aidiladha 2015

Jatuh pada Khamis 24 September 2015

Related Posts :

0 Response to "Pengumuman Tarikh Hari Raya Aidiladha Pada Tahun 2015"

Catat Ulasan