Penyanyi Asfan telah mengesahkan
dipukul pelakon Bil Azali ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA) pada Sabtu lalu. Kejadian tersebut berlaku ketika Asfan sedang menunggu
isterinya yang juga kakak kepada Bil dan anak-anaknya pulang bercuti dari
Perancis di balai ketibaan di lapangan terbang berkenaan.
“Benar, saya dipukul ketika
menunggu isteri di balai ketibaan KLIA. Bagaimanapun saya tidak boleh mengulas
lebih lanjut mengenai perkara itu kerana ia terlalu peribadi untuk saya
kongsikan,” katanya yang dihubungi mStar Online.
Pada Sabtu lalu, Bil dikatakan telah menumbuk
Asfan yang juga abang iparnya itu beberapa kali di bahagian muka dan badan.
Menurut sumber, pergaduhan itu tercetus gara-gara Bil berasa tidak
berpuas hati terhadap Asfan yang dianggap tidak menjaga isterinya dengan
baik.
Sementara itu ditanya adakah Asfan akan mengambil
tindakan terhadap aktor berkenaan, dia masih belum memikirkan untuk berbuat
demikian.
“Saya tidak pasti nak buat laporan polis atau
tidak. Tengok dahulu situasinya bagaimana. Biar saya selesaikan beberapa urusan
penting dahulu,” ujar Asfan.
Sementara itu Bil yang popular menerusi drama
Cinta Jangan Pergi juga mengambil pendekatan enggan mengulas lanjut
berhubung kejadian yang berlaku. Katanya, keputusan itu dibuat kerana tidak mahu
mengaibkan mana-mana pihak.
“Saya tidak boleh beri komen kepada umum
kerana ini adalah masalah dalaman keluarga dan peribadi. Untuk ulas lebih lanjut
saya rasa tak perlu. Saya pun jaga periuk nasi dia, jadi saya tak mahu apa yang
berlaku ini akan memalukan dia sendiri,” jelasnya.
0 Response to "PENYANYI ASFAN DITUMBUK ADIK IPAR DI KLIA?"
Catat Ulasan