Setelah
dua bulan merantau mendalami ilmu agama di India, Johan As’ari tidak dapat menahan rindu
kepada keluarganya dan pulang ke tanah air. Bagaimanapun, kepulangan pelakon ini
kali ini adalah dengan perubahan positif dan lebih matang.
“Banyak pengalaman baru saya perolehi di India. Selain
tentang agama, saya juga berjumpa rakan-rakan baru dari seluruh dunia. Dalam
masa yang sama dapat juga rehatkan diri dan segarkan semula
fikiran”
“Antara
perubahan ketara dalam diri selepas pulang dari India ialah kini saya sudah
boleh menerima teguran. Sebelum ini saya sangat ego dan tidak mahu mendengar
nasihat orang lain. Sekarang saya terbuka menerima kritikan,” jelasnya
kepada Mangga Online.
Menerima
banyak tawaran berlakon sebaik sahaja pulang dari India, Johan juga mengatakan
bahawa dia akan merantau ke negara berbeza pula selepas demi menuntut ilmu
keagamaan dan berdakwah. Semoga usaha Johan sentiasa dipermudahkan. (rtky/s)
0 Response to "Perubahan Ketara Johan As'ari Selepas 2 Bulan Merantau Sangat Mengejutkan Orang Ramai"
Catat Ulasan