Punca sebenar Che Ta atau Rozita Che Wan tinggalkan AF 2015 kerana tidak senang
dengan Edry KRU. Seperti sedia maklum, Che Ta adalah juri tetap pada konsert
mingguan Akademi Fantasia 2015. Sebelum ini, segala kritikan Che Ta kepada
pelajar AF 2015 dianggap tidak bernas. Sehinggalah pada minggu ke 6 konsert yang
berlangsung pada Ahad 13 September 2015, Che Ta membuat kritikan pedas terhadap
Sufi salah seorang pelajar AF 2015 yang berasal dari Singapura. Che Ta
memberikan komen yang tidak masuk akal apabila mendakwa Sufi menyanyi dengan
lembut dan tidak menepati tema “Rock”. Walhal, semua penonton di Auditorium
memuji persembahan Sufi adalah yang terbaik pada minggu ke 6.
Lantaran tidak puas hati dengan komen Che Ta, Edry KRU selaku Pengetua AF 2015 mengherdik Che Ta dan mempertahankan pelajarnya iaitu Sufi. Ekoran ianya melibatkan maruah diri, Rozita Che Wan sebentar tadi pada 14 September 2015 telah mengumumkan bahawa beliau menarik diri sebagai juri AF mulai minggu hadapan.
Komen Rozita Che Wan Terhadap Persembahan Sufi
“Sufi persembahan awak lembut dan tak rock”- Rozita Che Wan
Untuk info, Sufi membawa lagu berjudul Mentari Merah Di Ufuk Timur yang dipopularkan oleh kumpulan Search.
Kenyataan Edry KRU Selaku Pengetua AF 2015
Menurut Edry, dia bertindak demikian semata-mata untuk mempertahankan pelajarnya daripada kritikan tidak membina. Tambahnya lagi, sebagai pengetua beliau bersikap profesional dan terbuka untuk menerima kritikan juri tapi juri itu juga perlu beri kritikan yang membantu pelajar memperbaiki kekurangan mereka.
Sumber

0 Response to "Punca Che Ta Tarik Diri Tinggalkan AF 2015 Membuat Peminat Lelaki Termasuk Admin Bengang Dengan Edry."
Catat Ulasan