Kami
rasa, bukan sekali dua soalan yang sebegini ditanyakan kepada Rita Rudaini, dan pastinya ibu tunggal
ini mempunyai jawapan sendiri apabila diasak tidakkah dia bersedia untuk
berkahwin lagi.cari pengganti sedangkan saya
selesa hidup macam ini (hidup bertiga). Ada juga yang kata kalau ada suami lebih
mudah jaga dua orang anak yang sedang membesar. Saya rasa sama sahaja.
Kebanyakan memang ibu yang uruskan anak-anak berbanding suami”
“Disebabkan
itu, saya tiada hati untuk berkahwin. Banyak faktor lain juga. Saya takut orang
tak sayang anak saya. Selain itu, saya tidak mahu lagi penat menjaga hati
lelaki. Tapi saya juga tidak dapat menolak andai Tuhan menentukan jodoh saya
dengan seseorang selepas ini,” jelas Rita kepada Kosmo!
“Jodoh sudah tertulis. Saya juga tidak minta untuk berkahwin dengan pasangan kembar. Perkara kembar atau usia lebih muda bukan masalah kepada perceraian – tetapi ia sebenarnya bergantung pada sikap seseorang itu dan macam mana pendiriannya,” katanya. Selain itu, Rita yang pernah dua kali gagal dalam perkahwinan (dan keduanya adalah daripada pasangan kembar) menyatakan bahawa apa yang terjadi sudah pun tertulis dan sebenarnya ada perkara yang lebih penting dicari oleh pelakon wanita ini.
0 Response to "Rita Dedahkan Punca Sebenar Dia Enggan Berkahwin Lagi Mengejutkan Orang Ramai"
Catat Ulasan