![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjHT_hbVt5t_Q5kaNgoDV9LBvqgPHZUgLQgsgm1GOHRaF8HIhfJLbnDHI5Pwr7hVyrg43NKZ6EgNhUnpm3tKRfd9n4k2gNdnCrKH6r8EGHWEfZsMNiYnpSfWtGZvHgH7SfB1hotaGJ14bGZ/s640/barbie-2.jpg)
Ada-ada sahaja yang
dilakukan oleh wanita berasal dari Texas ini ketika mahu pergi ke kampus. Kerana
lesen memandunya digantung, gadis bernama Tara Monroe ini melakukan aksi berani
dan selamba dengan memandu kenderaan mainan Barbie Jeep untuk menghadiri
kuliah di kolejnya.
Memetik laporan San Antonio
Express News, lesen memandunya digantung oleh pihak berkuasa kerana dia tidak
memberikan kerjasama ketika ditahan. Dia ketika itu baru sahaja pulang dari
menonton konsert bersama rakan-rakannya. Bapa kepada gadis ini tidak dapat
menahan kemarahan terhadap anak gadisnya lalu mengambil kunci kereta dan
menggantikan dengan sebuah basikal sebagai kenderaan untuk
digunakannya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgTZ9T-lvh2FVZYLt53NXmrmJwIQAaRec9g8fnQEOjEN0JbkJ6sXyNa6ITLhU87H-5Lp6t_vokbRrL-WW3ByD9jY6M841UoTsWsUgGxT6zGqVZhJ5igXvTI1FX0bzPeDYLpmRup0TnX0ifN/s640/barbie-3.jpg)
Tara tidak dapat menerima
keputusan yang dia perlu pergi ke kampus dengan hanya menaiki basikal. Jadi dia
memutuskan untuk mencari kenderaan lain yang boleh digunakan walaupun tidak
memiliki lesen memandu.
Gadis berusia 20 tahun ini
kemudian membeli sebuah kenderaan mainan Jeep Barbie di sebuah laman web jual
beli secara atas talian(online) .
Tanpa rasa malu, Tara
memandu kenderaan mainannya itu ke kampus. Beberapa orang yang melihat
gelagatnya memandu kenderaan mainan tersebut tidak dapat menahan gelak
lalu merakamkan saat lucu ini dan seterusnya memuatnaik gambar tersebut ke
laman sosial.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHtRWWoF9SbG4pFcM2F0igUKyVxeMQ56cOG9GEdy85o7fWXNcb46-oPuZDSqZLmVMLIIfb4nWwLhDmtywG-hM-soq3j30D6SNjPiM99WSP3AnImxDD55f9wMXs-scNERyfHo1oIT66Nm8g/s640/barbie1.jpg)
Tanpa disangka-sangka, Tara
mendapat perhatian di media sosial hanya gara-gara dia memandu kenderaan mainan
Barbie Jeep ke kampus. Dia amat merasa bangga dan tidak berasa malu dengan
kelakuannya ini walaupun menjadi bahan lawak di kalangan rakannya.
0 Response to "Selamba Pandu Kenderaan Mainan Barbie Jeep Ke Kolej Setelah Lesen Memandunya Digantung"
Catat Ulasan