
Zaman sekarang bukanlah
sesuatu yang senang untuk mendapatkan sebarang pekerjaan bukan sahaja di
Malaysia malah di negara lain juga. Tekanan yang dialami apabila gagal mendapat
pekerjaan yang baik biarpun lulusan universiti, membuatkan seorang gadis di
Amerika Syarikat bertindak menjual sijil yang dimilikinya.
Stephanie Ritter, yang
merupakan graduan Florida State University (FSU) dalam bidang teater, mengambil
keputusan menjual sijil ijazahnya dengan harga AS$40,000 (RM200,677) di laman
eBay.
Dia
perlukan duit tersebut untuk melunaskan hutang pengajiannya yang berjumlah
AS$40,000 (RM167,164).
Lulus Sarjana
Muda dengan kepujian pada tahun 2011, Ritter memberitahu portal Buzzfeed, dia
kecewa kerana masih gagal mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan
kelulusan.
¡°Saya fikir sijil ini akan
membantu saya dalam hidup, tetapi rupa-rupanya tidak,¡± kata
Ritter.
Mereka yang membeli sijil
ini juga akan memperolehi ¡®pengalaman jelajah¡¯, di mana Ritter akan membawa
pembeli menjelajah sekitar kampus FSU dan merasai pengalaman seperti mana
dialaminya selama empat tahun belajar di universiti itu.
¡°Kenapa habiskan masa
untuk belajar dan peroleh ijazah jika anda boleh beli sahaja?¡± kata Ritter
dalam deskripsi di laman eBay.
Sumber :
Says.com
0 Response to "Siswazah Jual Ijazah Dengan Harga RM200,000 Kerana Gagal Dapat Kerja"
Catat Ulasan