Hari ini benda yang paling aku terjadi di depan mata sendiri. Ya Allah, tolonglah, lemah dah semangat aku ini. Ya Allah, memang tak kuat. Maaf, tiada niat nak memburukkan Melayu. Aku minta maaf dengan orang Melayu yang terasa sebab aku ikut perasaan sangat.
Tentang pakcik tua itu, aku dah lama
sangat pendam rasa marah dengan dia since kes dia meracun anjing dan kucing di
taman perumahan aku ini.
Membuatkan aku lagi marah, bila aku
dah berusaha merayu pada Dog Catcher ini agar melepaskan anjing itu, tiba-tiba
pakcik tua itu keluar dari rumah terus memaksa mereka angkut sahaja anjing itu.
Sia-sia usaha aku.
Untuk jiran-jiran India tadi, terima
kasih sebab faham. Bila ada anjing-anjing ini berkawal di belakang rumah, kes
pecah rumah pun berkurangan. Maaf sebab bangsa saya tidak faham kebaikan haiwan
ini. Mereka cuma nampak keburukan yang sebenarnya bukan keburukkan pun.
Tadi, pegawai Melayu itu bertanya,
"Awak ini Melayu ke?"
Kenapa? Melayu memang diharamkan
berbuat baik dengan makhluk Allah ini ke? Okay, kalau buat baik dengan anjing
dikatakan sesat, aku sanggup sesat sampai bila-bila! Kau, jiran, kau
bertanggungjawab 100% ke atas kematian anjing ini kalau betul dia dibunuh
kelak.
Aku sendiri akan menjadi saksi untuk
anjing ini di akhirat nanti. Amin! - Cik Putri
Dipetik dari blog
THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to "(Video) Cik Putri - "Kalau Buat Baik Dengan Anjing Dikatakan Sesat, Aku Sanggup!""
Catat Ulasan