Zaman sekarang iklan komersial merupakan medium utama bagi melariskan sesebuah perniagaan, bermacam-macam jenis iklan komersial yang kita lihat sekarang ini bagi menarik minat penonton.
Namun
kami agak terkejut dengan video iklan terbaru yang ditayangkan oleh Watsons ini,
malah ia mendatangkan rasa tidak puas hati penonton dan dikritik hebat ekoran
dengan jalan cerita yang tidak elok untuk tatapan umum.
Manakan
tidak, video yang sengaja eksploitasi tubuh badan lelaki tegap berbogel ini
ternyata memang tidak sesuai dengan budaya kita ini.
Lebih Tunjuk Badan Dari Iklan
Dalam
babak iklan tersebut, ia lebih banyak menonjolkan keseksian lelaki ini daripada
mesej yang cuba disampaikan.
What Is The Point?
Namun,
ia menjadi semakin melampau apabila babak tuala terlucut sehingga menunjukkan
model lelaki dalam iklan ini ‘terlanjang bulat’ sehingga ada yang menyifatkan
bahawa iklan piawaian iklan di Malaysia semakin teruk.
Daripada
pemerhatian kami, cara ‘dia’ untuk menarik perhatian penonton memang kurang
sesuai dengan budaya kita. Ada bermacam-macam cara lagi yang boleh dilakukan,
tapi masing-masing mesti ada pendapat tersendiri kan?
Jadi,
dibawah ini kami sediakan video penuh untuk korang nilaikan sendiri.
It's time to get Really Syok!
Kit was taking his usual bath, until something 'syok'-ing happened! #WatsonsReallySyok
Posted by Watsons Malaysia on Wednesday, 2 September 2015
0 Response to "(Video) Kenapa mesti londeh tuala 'tutup' kemaluan?"
Catat Ulasan