Scroll ke bawah untuk melihat video
KUALA LUMPUR: Bukan suatu yang mengejutkan
apabila segelintir penggemar vapor atau rokok elektronik sanggup melabur duit
sehingga mencecah ribuan ringgit semata-mata untuk memiliki alat tersebut samada
untuk dihisap atau sebagai koleksi peribadi.
Manakan tidak, mereka yang memiliki vapor kini
boleh disifatkan sebagai ‘cool’ dan lambang gaya hidup baru.
Buktinya, satu rakaman video yang dimuat naik
di laman Facebook ‘Video Viral’ hari ini menunjukkan sekumpulan lelaki yang
dipercayai penggemar tegar vapor sedang membida alat berkenaan.
Anak Melayu sanggup menghabiskan RM17,000 demi VapeBERITA PENUH : http://bit.ly/1VK3r9O
Posted by Berita Malaysia Kini on Monday, September 7, 2015
Dalam rakaman tersebut, seorang lelaki membuka
‘lelongan’ vapor yang dikatakan edisi terhad dengan meletakkan pada harga
RM1,800 sebelum ia mula dibida lelaki lain dengan harga RM2,000.
Proses bidaan bertambah rancak apabila
rata-rata penggemar vapor yang berada di lokasi tersebut terus meletakkan harga
pada nilai yang semakin tinggi.
Apa yang mengejutkan, proses bidaan tersebut
akhirnya selesai apabila seorang lelaki muda memakai baju T bewarna jingga
membida dengan harga bernilai RM17,000 sekaligus membuatkan pembida lain
terpaksa ‘mengalah’.
Bagaimanapun, lokasi dan tarikh kejadian itu
berlaku tidak dapat dipastikan.
Dalam tempoh sejam video tersebut dimuat naik,
ia ditonton lebih 1,300 pengguna media sosial.
0 Response to "[VIDEO] Lelaki Dikecam Kerana Sanggup Habiskan RM17,000 Kerana Vape"
Catat Ulasan